Untuk Makluman Semua Waris, SK Penghulu Ahmad akan bercuti bermula dari 29 Julai (Jumaat) - 1 Ogos (Isnin) 2011.
31 Julai 2011 - Cuti Ganti Khas Larian 1 Malaysia
1 Ogos 2011 - Cuti Hari Kelepasan Am Menyambut Ramadhan 1432H
Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa, 2 Ogos 2011. Kami warga SK Penghulu Ahmad mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Wednesday, 27 July 2011
Tuesday, 26 July 2011
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat Murid Tahun 6
Monday, 25 July 2011
SK Penghulu Ahmad Juara Bola Sepak Bawah 10 Tahun Daerah Langkawi 2011
Penantian untuk meraih gelaran juara selama 12 tahun akhirnya berakhir semalam. Bertempat di Stadium Kompleks Sukan LADA menjadi saksi pasukan bola sepak bawah 10 tahun SK Penghulu Ahmad telah merangkul Juara Liga Bola Sepak Peringkat Daerah Langkawi. Dalam pertemuan sengit itu, SK Penghulu Ahmad telah menewaskan SK Seri Lagenda dengan jaringan 2 gol berbalas 0. Gol-gol kemenangan telah dijaringkan oleh pemain Mohd Syafiq bin Che Haron dan Mohd Alif Najmi.
Dianggarkan seramai 500 orang penyokong pasukan bola sepak SK Penghulu Ahmad hadir memberikan sokongan. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Penghulu Ahmad telah menyewa khas 4 buah bas untuk membawa pasukan kompang dan penyokong ke stadium bagi memberikan semangat kepada para pemain. Turut hadir menyaksikan perlawanan semalam ialah YB Tuan Haji Mohd Rawi Abdul Hamid, ADUN Ayer Hangat dan Puan Aishah Binti Arifin, Guru Besar SK Penghulu Ahmad dan Encik Zulkornain, YDP PIBG SK Penghulu Ahmad.
Sunday, 24 July 2011
SKPA Unggul dalam Liga Bola Sepak bawah 10 Tahun
Pasukan bola sepak bawah 10 tahun SK penghulu Ahmad telah layak ke Peringkat Akhir setelah menewaskan musuh tradisi dari SK Seri Negeri dengan jaringan gol 1-0. Gol SK Penghulu telah dijaringkan oleh Mohd Syafiq Bin Che Haron. Pasukan bawah 10 tahun ini telah dibimbing oleh Cikgu Noor Azman Long, Cikgu Mohd Arrazi, Cikgu Wan Rozimi, Cikgu Ishak dan Cikgu Shahrul Nizam. Perlawanan akhir akan diadakan pada 24 Julai 2011, hari Ahad di Stadium Kompleks Sukan LADA pada jam 8 Malam. SK Penghulu Ahmad akan bertemu dengan SK Seri Lagenda pada perlawanan akhir. Jom beramai-beramai menyaksikan perlawanan akhir ini. Semoga SK Penghulu Ahmad akan menjuarai perlawanan ini.
Thursday, 21 July 2011
Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR & Ujian Bulan Julai 2011
Untuk Makluman Ujian Percubaan UPSR bagi murid tahun 6 akan berlangsung pada 25 - 27 Julai 2011. Manakala Ujian Bulan Julai bagi murid Tahun 2 hingga 5 akan bermula pada 25-26 Julai 2011. Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Murid-Murid SK Penghulu Ahmad.
Monday, 18 July 2011
SKPA Unggul Dalam Pertandingan Action Song
KAMI MENANG… kumpulan Action Song SKPA bergambar ceria bersama guru selepas memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Action Song sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Daerah Langkawi yang diadakan di SMK Kedawang..
Selain action song, peserta SKPA turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Spelling. SKPA menghantar wakil untuk mengambil bahagian dalam semua pertandingan sempena karnival tersebut iaitu Action Song, Spelling, Coral Speaking dan Story Telling.
Pelatih Taekwondo SKPA ‘Mengganas’
![]() |
LEGA… pelatih bergambar bersama Guru Besar sebaik tamat ujian |
![]() |
JANGAN RAPAT… pertarungan sengit |
Lebih membanggakan, semua pelatih terbabit lulus cemerlang sehingga mampu ‘melompat’ satu tahap iaitu dari tahap satu terus ke tahap tiga taekwondo sekali gus membolehkan mereka memperoleh tali pinggang kuning.
Jurulatih Taekwondo SKPA yang juga Pengerusi Persatuan Taekwondo ITF Langkawi, Kapten (B) Rosly Ahmad, berkata semua pelatih menunjukkan kemampuan terbaik dalam ujian menyebabkan mereka layak menerima tali pinggang kuning.
![]() |
WACHA...Nabil cuba meletakkan tapak kakinya di muka Adam |
Terdapat 10 tahap tali pinggang warna taekwondo yang perlu dikuasai pelatih sebelum mampu memperoleh tali pinggang hitam iaitu putih, putih-kuning, kuning, kuning-hijau, hijau, hijau-biru, biru, biru-merah, merah, merah-hitam dan akhirnya hitam.
![]() |
GANAS… Zakwan melakukan teknik tumbukan padu yang mampu meruntuhkan dinding sekolah |
![]() |
PERLAWANAN ANTARA ADIK DENGAN ABANG… Haziq cuba menendang abangnya Hirzi dalam ujian berlawan |
Taekwondo lebih menumpukan kepada corak serangan yang berasaskan kepada tendangan dan terdapat pelbagai jenis tendangan ke merata arah dalam seni beladiri berkenaan.
Program 1Pokok 1Keluarga SKPA Bantu Tangani Pemanasan Global
![]() |
SELAMATKAN BUMI… para waris turut membantu menanam anak pokok. |
KIRA-KIRA 40 pokok baru berjaya ditanam di kawasan sekolah dalam program ‘1 Pokok 1 Keluarga’ yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPA.
Setiausaha PIBG SKPA, Ustaz Zawahil Mahmud, berkata pokok sumbangan waris dan pihak sekolah mampu mengindahkan lagi kawasan sekolah selain mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mengakibatkan fenomena pemanasan global di seluruh dunia ketika ini. “Walaupun usaha ini kecil, kita turut berusaha untuk mengatasi fenomena pemanasan global yang semakin meruncing di seluruh dunia ketika ini. Dengan menanam pokok-pokok baru, pembebasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida berjaya dikurangkan apabila ia diserap tumbuhan hijau ini.
![]() |
CERIA… golongan ibu membantu menghias kelas anak mereka |
“Seterusnya menerusi proses fotosentesis, gas oksigen segar akan dihasilkan pokok dan hasil ini mampu memberi manfaat besar kepada kesihatan warga sekolah terutamanya murid-murid,” katanya yang juga guru matapelajaran sains.
![]() |
SIAP...bahan terbuang seperti tayar lama juga mampu menjadi hiasan berguna. |
Beliau berkata, usaha menangani pemanasan global memerlukan kerjasama semua penduduk dunia. Walaupun usaha seperti menanam 40 pokok ini kelihatan kecil, tetapi jika ia didokong semua penduduk seluruh dunia, ia mampu membawa perubahan besar dalam merawat bumi yang semakin tenat ketika ini.
![]() |
MUAFAKAT… guru dan waris saling bantu membantu |
Menerusi program ‘1 Pokok 1 Keluarga’ ini juga, pihak sekolah cuba menerapkan tabiat cintakan alam semulajadi dan mengambil berat terhadap ‘kesihatan’ bumi di kalangan murid sekolah dengan harapan mereka mampu menjadi ejen penyelamat bumi daripada serangan pemanasan global pada masa akan datang. Antara kesan pemanasan global ialah bencana alam selain cuaca terik melampau.
Zawahil berkata, program seumpama itu juga mampu mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan waris murid.
“Sepanjang program, bapa dan guru lelaki bekerjasama menanam pokok dan membersihkan kawasan sekitar sekolah manakala ibu waris membantu guru lain menghias dan menceriakan ruang kelas anak mereka,” katanya.
Selain pokok, pihak waris juga turut menyumbang baja terhadap tumbuhan sekitar sekolah.
Dianggarkan seramai kira-kira 50 waris hadir dalam program gotong royong pada hari berkenaan.















