Pada 29 Ogos 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah mengadakan sambutan merdeka raya bagi tahun 2012. Sambutan ini diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan raya, pertandingan membuat topi kemerdekaan dan pertandingan melukis dan mewarna.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Halim bin Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan merdeka raya peringkat sekolah tahun 2012.
Thursday, 30 August 2012
Thursday, 9 August 2012
Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Daerah Langkawi 2012
Kumpulan Koir Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah mempersembahkan 2 buah lagu bertemakan Hari Kebangsaan dihadapan Yang Berhormat Dato` Paduka Abu Bakar Ahli Parlimen Langkawi. Majlis anjuran Jab Penerangan dengan kerjasama LANGKAWI.FM diadakan secara langsung di Dataran Mar Mar, Kuah Langkawi.
SKPA berbangga kerana kumpulan koir terpilih dalam mempersembahkan lagu tema hari kebangsaan 2012.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kpd guru-guru yang turut hadir memeriahkan majlis yang julung kali diadakan ditengah kesibukan bandaraya Langkawi.
Wednesday, 1 August 2012
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Bermula
Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengadakan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad tidak terlepas bersama-sama jutaan warga Malaysia untuk mengibarkan jalur gemilang semalam.























































