Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru tahun 6 dalam menggembleng seluruh tenaga & usaha dalam menyiapkan calon UPSR 2012.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Setiausaha Peperiksaan, Cikgu Nazuandi dalam memantapkan keperluan calon sepanjang peperiksaan ini berlangsung.
Diharapkan calon UPSR tahun ini akan memberi kejutan dalam keputusan UPSR kelak. InsyAllah !
Lawatan sempena minggu peperiksaan UPSR melibatkan murid tahun 3, Prasekolah & murid Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.
Di Underwater World Langkawi, murid didedahkan kepada pengalaman kehidupan pelbagai spesies hidupan liar yang hidup pada tiga ekosistem berbeza iaitu bersuhu tropika, sederhana dan sejuk.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kpd Imam, pengerusi PiBG, pentadbir sekolah,waris tahun 6, guru-guru tahun 6, Ustaz & ustazah serta murid-murid tahun 6 yang sama-sama menjayakan Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Interaksi waris 2012.
Mudah-mudahan keberkatan Ramadhan akan memberi sinar kepada murid tahun 6 menghadapi UPSR tahun ini. InsyAllah.
Kurikulum di Malaysia yang diiktiraf berkualiti sentiasa menitikberatkan unsur kreativiti kepada murid. Seorang murid SK Penghulu Ahmad Naufal Adib Bin Fazlan (4 Pintar) mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan komik untuk tatapan umum. Para pembaca boleh melihat hasil karya murid berikut di bawah. Semoga Mohd Adib terus maju dalam bidang seni lukisan pada masa akan datang.
SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS