Sunday, 1 October 2017
: Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 :
Warga SKPA tidak ketinggalan meraikan bulan penuh bermakna ini dengan menghias kawasan sekolah, kelas dan pelbagai aktiviti bertemakan Kemerdekaan.
Pada 30 September yang lepas, Majlis Penutup Bulan Kebangsaan telah berjalan dengan meriahnya. Pelabagai aktiviti seperti deklamasi sajak oleh murid dan guru, nyanyian solo, nanyian koir dan tarian kebudayaan.
Majlis diserikan dengan guru dan murid yang berpakaian bertemakan tahun 1957.
Wednesday, 6 September 2017
: Majlis Bacaan Yassin sempena UPSR 2017:
Warga sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin sempena UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 7 September 2017
Hari: Khamis
Masa: 7.30 malam
Tempat: Laman Nurani SKPA
Sehubungan dengan itu, semua guru, waris tahun 6 dan murid tahun 6 dijemput hadir. Semoga semua dapat sama-sama mendoakan kejayan murid-murid tahun 6 di dalam UPSR yang akan datang.
Monday, 17 July 2017
: Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Langkawi :
: Pasukan Bola Baling Juara Peringkat Negeri :
: Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 :
Thursday, 4 May 2017
: The Launching of Highly Immersive Programme :
On the 3rd of May 2017, the English Panel of SKPA had organized the launching of Highly Immersive Programme. The programme was actually started a week before and the first activity was Spelling Bee for students. On 2nd of May, teachers of SKPA also participated in the Spelling Bee contest. On the day of launching, several activities was conducted such as performances by students and teachers, tongue twister by teachers and prize giving ceremony.
Wednesday, 15 February 2017
: Tragedi Menimpa Murid SKPA :
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Info rasmi: Sebuah rumah murid SKPA terbakar petang tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 5.00 petang.
Kebakaran hampir memusnahkan 90% harta benda dan isi rumah termasuk buku-buku sekolah dan pakaian. Namun tiada kecederaan dilaporkan.
Keluarga terlibat mempunyai 3 adik beradik masing-masing masih bersekolah.
Umairah Salsabila - Tingkatan 1
Adik perempuan - Tahun 3
Adik lelaki - Tahun 1.
Warga SKPA melahirkan rasa simpati kepada keluarga terlibat.
Derma kilat akan diadakan pada hari esok. Pihak korporat, NGO, pihak swasta dan sebagainya digalakkan menghulur sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.
Hubungi pihak sekolah : 04-9591996.
#hulurkanbantuanringankanbeban.
Wednesday, 8 February 2017
: Tahniah #teamskpa :
Sekalung tahniah buat #teamskpa di dalam Kejohanan Merentas Desa Daerah Langkawi 2017. Penat lelah murid dan guru, membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat yang baik. Tahniah sekali lagi.
Thursday, 26 January 2017
: Kejohanan Merentas Desa 2017 :
Pada 26 Januari 2017 (Khamis) yang lalu, murid-murid SK Penghulu Ahmad telah berjaya menamat Kejohanan Merentas Desa bag tahun 2017. Bermula dari sekolah, melalui kampung-kampung, merentasi desa, paara atlit menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.




























