Thursday, 30 August 2018

Pertandingan Topeng dan Topi Kemerdekaan

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, pertandingan topeng dan topi kemerdekaan telah diadakan. Murid tahap 1 mencipta topeng manakala murid tahap 2 mencipta topi. Berikut serba sedikit sedutan daripada pertandingan tersebut.









Monday, 20 August 2018

Liga Pembangunan Bola Sepak SKPA 2018

Buat julung kalinya SKPA telah menganjurkan Liga Pembangunan Bola Sepak. Liga tersebut melibatkan murid tahun 1 hingga 5. Pasukan murid dibimbing oleh waris sepenuhnya. Liga tersebut berlangsung setiap hari Rabu, bermula pada 8 Ogos 2018 dan berakhir pada 17 Ogos 2018.









Thursday, 16 August 2018

: Karnival Pendidikan Khas :

Buat julung kalinya, Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SKPA menganjurkan Karnival Pendidikan Khas. Karnival turut disertai PKI dari SK Temonyong dan SK Langkawi. Karnival berlasngsung pada 15 Ogos bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari di Laman Nurani.

Murid-murid PKI menyediakan pelbagai gerai jualan alat tulis, makanan, barangan terpakai, kraftangan dan permainan. Karnival meriah dengan kunjungan ibu bapa, murid-murid SKPA serta murid-murid PKI dari sekolah-sekolah sekitar Langkawi. Tahniah diucapakan kepada Kelas PKI SKPA atas penganjuran karnival yang hebat.




Monday, 13 August 2018

: Pecutan Akhir UPSR - Sains :

UPSR akan tiba tidak lama lagi. Panitia Sains telah merangka satu program pecutan akhir untuk murid-murid tahun 6. Setiap hari persekolahan, mereka akan berkumpul di dewan selama 15 minit semasa waktu rehat untuk mengulangkaji soalan-soalan mata pelajaran Sains. Program dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran Sains tahun 6.



Thursday, 2 August 2018

Kedah International Rocket Competition

Pada 1 Ogos 2018, SKPA telah menyertai Kedah International Rocket Competition yang bertempat di SMK Mahsuri. Beberapa kejayaan telah diperolehi dalam karnival tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua. Warriors Never Quit!


Johan Pertandingan Eureka

Ketiga Pertandingan Bercerita