Tuesday 31 December 2013

Bahan KSSR Tahun 4 2014

Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 SMS dan Pantun

Tanpa kita sedari begitu cepat sekali waktu berputar dan kita sudah melangkah ke tahun baru 2014. Sepanjang tahun sebelumnya, banyak pengalaman dan kenangan suka duka yang telah berjaya ataupun gagal untuk ditempuhi





Koleksi Ucapan SMS Selamat Tahun Baru 2014


Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda
Harap anda dan keluarga anda selamat dan bahagia
Selamat Tahun Baru 2014

Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin. Selamat Tahun Baru 2014 semua!

Ucapkan selamat tinggal pada 2013 dan selamat datang 2014
Semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu dan harapan bahwa kita selalu menjadi teman yang baik
Selamat Tahun Baru 2014

Detik,demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru telah menyambut kita,tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan
Selamat tahun baru 2014

Tiada kata yang seindah lantunan syair
Tiada mutiara yang secantik bidadari
Tapi hari ini lebih dari hari sebelumnya, kerana tak lama lagi kita akan melewati detik pergantian yang banyak di tunggu jutaan manusia di dunia
Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata
Selamat tahun baru 2014

Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi akan menjelang. Selamat datang tahun baru 2014, harapan baru dan perubahan

Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2014. Semoga selalu berjaya dan sejahtera

Hari berganti
bulan berganti
tahun pun berganti
tahun baru harapan baru
tetap semangat
masa lalu adalah kenangan
hari ini adalah goresan
hari esok adalah harapan
selamat tahun baru 2014
selamat tinggal kenangan
selamat datang harapan

let sun bring you hope
let stars bring you rightness
let love bring you happiness
let my message bring you the dream come true
happy new year 2014
wish you all the best

buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesanan
buka pesanan dapat ucapan
SELAMAT TAHUB BARU 2014!!!

Cinta di bulan Febuari
Kedamaian di bulan MaC
Ketenangan di bulan April
Kesenangan di bulan Mei
Kegembiraan di bulan Jun hingga November
Dan keuntungan di bulan Disember
Semoga TAHUN BARU 2014 INI Tuhan memberimu…
12 bulan kebahagian
52 minggu kegembiraan
365 hari kejayaan
8760 jam kesihatan
52600 mInit keuntungan
3153600 detik keceriaan

Yesterday is memory. Today is a gift. Tommorow is a Hope. Let’s begin New Year 2014 with faith, love, peace and new hope.

No regret about the past…
No fear about the future…
New hopes & dreams in 2014…
Thankful to God for His blessings in 2014…
Happy New Year !!

Only open HEARTS receive LOVE
only open MINDS receive WISDOM
only open HANDS receive GIFTS
and..
only SPECIAL FRIENDS receive my Happy New Year greeting .
HAPPY NEW YEAR 2014 !!!

JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI
Jernihkan PIKIRAN
Sambutlah Tahun Baru

buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesan
buka pesan dapat ucapan
selamat tahun baru

Aku senantiasa berdoa agar kamu mengalami minggu yang manis
Isnin yang bahagia
Selasa yang menyenangkan
Rabu yang penuh kejayaan
Khamis yang berkesan
Jumaat yang menakjubkan
Sabtu yang penuh cinta
akhir kata,tahun baru yang ceria penuh dengan senyum harapan
Selamat tahun baru

biarlah bunga jatuh dari tangkainya
biarlah malam berganti pagi
dan biarlah tahun telah berganti..
tapi rasa sayangku padamu takkan sesekali berganti menjadi benci
Selamat menyambut tahun baru

Pujukkan hatimu saat malam menghampir
Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu
Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu
buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan
Semoga Tahun Baru lebih bermakna untukmu

Esok adalah bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Selamat Tahun Baru

Sebentar lagi kita akan mendapat sebuah dairi yang masih kosong
Bermulalah coretan kita diatasnya
Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul Selamat Tahun Baru
Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah ditahun lama ini mari kita perbaiki di tahun yang baru ini
Selamat Tahun baru 2014!

Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui
Coretan demi coretan telah memenuhi
kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.
Selamat tahun baru. Semoga lebih berjaya

Matahari menyelinap dibalik bukit
sembunyikan kenangan hidup
menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda
sebentar lagi ‘kan menjelang
Selamat datang sms tahun baru 2014
harapan baru dan perubahan

Minum kopi di cangkir
Cangkirnya berwarna putih
HAPPY New YEaR 2014

dipetik dari :
http://www.infoharian.com

Sunday 24 November 2013

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia






Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. 

Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.

Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara.Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.



Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad 

(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Soalan-soalan Lazim Mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Soalan
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Jawapan
 1.Mengapakah KSSR diperkenalkan? 
Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2.Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
3.Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
Jawapan :

KSSR
 KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
   
4.Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
   
5.Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
6.Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Jawapan :

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
7.Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? 
Jawapan :

Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :

KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9.Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? 
Jawapan :

Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10.Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
   
11.Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? 
Jawapan :

Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
12.Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13.Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14.Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
15Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :

Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17.Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :

Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18.Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
19.Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
  
20Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :

Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :

KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :

KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES 1BESTARINET DAN KATA LALUAN


Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:

Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.



Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.



Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).



Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).



Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.



* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found), sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada vleadmin.kbe6001@yes.my

Friday 5 April 2013

Pelacancaran NILAM 2013

JAWATANKUASA PELANCARAN  PROGRAM NILAM  2013

Pengerusi : Encik Ahmad Solan Bin Mat Shah - Guru Besar
Naib Pengerusi : Puan Fosiyah Binti Md Din – GPK Pentadbiran dan Kurikulum
Penyelaras PSS : Puan Hartini Binti Hashim
Setiausaha: Cik Jamaliah Binti Sulaiman
Guru NILAM : Puan Siti Suhaili bt. Abd Rahman
Juruacara :  Pn. Hartini bt. Hashim
Bacaan Doa : Ustaz Helmi Bin Ahmad Zohdi
PA Sistem : Encik Mohd Shahrul

Disiplin:
Encik Yahaya bin Mat
Encik Arrazi bin Ishak
Puan Norani bt Rawi

Hadiah  dan Sijil:
Puan Siti Suhaili Binti Abd Rahman

Jurukamera :
Encik Hussain bin Yusof 

Dokumentasi :
Puan Mahani Binti Mahmood

TENTATIF

7.30 pagi
- Murid-murid berkumpul di Laman Nurani
- Guru-guru mengambil tempat

 07.35 pagi
- Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara

07.40  pagi
- Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi

07.45 pagi
- Taklimat Program NILAM oleh Puan Siti Suhaili  bt Ab. Rahman

07.55 pagi
- Ucapan Perasmian Pelancaran Program Nilam oleh  En. Ahmad Solan b. Mat Shah, Guru Besar SKPA 

08.15 pagi
- Bersurai

6.0       TEMPAT
            Tapak Perhimpunan

7.0       TARIKH
             31 MAC 2013 (Ahad)

8.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil
Bahan
Jumlah
1.
Riben
RM 20.00
2.
Gambar
RM 30.00
3.
Dokumentasi
RM 30.00
4.
Pelekat
RM 20.00
5.
Hadiah Hamper
RM 50.00
6.
Sumbangan Basikal daripada Syarikat Pembekal Buku BBZ
Jumlah
RM 350.00

 9.0       PENUTUP

            Pelancaran  Program NILAM Peringkat Sekolah ini jika dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan  warga SK Bangsar.Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan  pelajar.


Disediakan oleh :                                                    


…………………………………..                             
( HARTINI  HASHIM)                          
PENYELARAS   PSS SKPA






Friday 15 March 2013

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini