Tuesday 13 January 2015

Lawatan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah ke SK Penghulu Ahmad

Tanggal 11 Januari 2015 merupakan saat & ketika yang sangat bertuah dan bermakna apabila warga SK Penghulu Ahmad menerima kunjungan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datin Azuyah bt Hassan sempena lawatan kerja Pemantauan Khas Task Force Buka Sekolah 2015.

Sesungguhnya walaupun ianya merupakan kunjungan singkat Puan Pengarah ke teratak SK Penghulu Ahmad namun ianya sarat dengan pengalaman yang sangat bermakna kepada  seluruh warga SK Penghulu Ahmad. Ianya memberi satu suntikan semangat buat seluruh warga SKPA dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan negara seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Serangkap pantun lipatan kasih buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.....

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Kunjungan puan jadi kenangan

Sekalung Budi Buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah iaitu Datin Azuyah bt Hassan SDK., AMK.




















BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Seperti mana sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan khas persekolahan kepada semua murid di Malaysia yang berstatus Warganegara Malaysia. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) sebanyak RM100.00 seorang murid untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 6, tuan puan boleh membuat tuntutan pada waktu dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 15 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 12.45 hingga 1.15 Tengah hari 
Tempat : Kelas Anak masing-masing
Nota: Sila bawa salinan (fotostat) kad pengenalan ibu bapa/penjaga. Semua ibu bapa penjaga diminta hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan. 


Sunday 4 January 2015

Hari Pendaftaran & Orientasi Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015

Alhamdulillah, Pada 3 Januari 2015 yang lalu Hari Orientasi Murid Tahun 1 2015 dapat berjalan dengan baik dan teratur. Pada Jam 7.30 pagi, kelihatan ibu bapa memimpin anak-anak masuk ke kawasan sekolah untuk pendaftaran. Berpakaian baru, kemas, bersemangat dan gembira.Itulah yang dapat dilihat pada wajah anak-anak ini. Kehadiran sangat memuaskan.Pada tahun ini, SK Penghulu Ahmad menerima murid tahun 1 seramai 124 orang.  Kesemua murid akan ditempatkan di dalam 4 kelas yang ada setelah menjalani program transisi selama 2 Minggu.

7.30 pagi - 9.00 pagi : Ibu bapa datang dan melihat senarai nama untuk tujuan pendaftaran. Selepas ke meja pendaftaran, mereka duduk di dewan mengisi dokumen-dokumen berkaitan sambil menunggu sesi taklimat.

9.00 pagi-11.00 pagi : Sesi taklimat untuk ibu bapa murid tahun 1 bermula .Manakala anak-anak dibawa oleh guru ke kelas-kelas untuk ujian saringan.

11.00 pagi : Ibu bapa pergi ke kelas anak-anak untuk menerima buku teks dan membayar keperluan berkaitan persekolahan.

Sama-sama kita doakan agar anak-anak ini menjadi manusia hebat yang mampu memimpin agama, bangsa dan negara pada masa depan, InsyaAllah.Kami kongsikan beberapa keping gambar kelak.

:: Murid Berilmu, Pemimpin Masa Depan ::

Saturday 3 January 2015

Thursday 1 January 2015

Takwim Persekolahan 2017


Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2017 Pihak sekolah yakin para guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2017 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara

Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2017, Pihak sekolah cadangkan untuk membawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi

Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna

Berikut disertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2017



FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini