Tuesday 13 March 2018

Sunday 11 March 2018

: Action Song Peringkat Negeri Kedah :

Sempena Hari Air Sedunia, JPN Kedah dengan kerjasama SADA telah menganjurkan pertandingan Action Song. SKPA merupakan satu-satunya sekolah dari Daerah Langkawi yang menghantar wakil ke pertandingan tersebut. Ia telah diadakan di Alor Setar dan disertai oleh lebih 30 sekolah dari seluruh negeri Kedah. Pada 27 Februari, keputusan pertandingan telah diumumkan di hadapan YB Menteri Besar Kedah di Stadium Darul Aman dan SKPA telah dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dan En Hilmi, Cik Emillia, Cik Sobehah, Pn Norehan dan Cik Sakinah yang telah bertungkus lumus berlatih.

: Kejohanan Olahraga SKPA Ke 31 :

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua guru, staf dan murid SKPA kerana telah menjayakan Kejohanan Olahraga SKPA kali ke 31. Sukantara telah diadakan bermula pada 11 Februari dan 12 Februari. Manakala acara saringan diadakan pada 13 Februari dan kemuncak kejohanan pada 14 Februari. Sepanjang minggu, para guru dan murid telah berpanas dalam menyertai semua acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada rumah Wira (Hijau) kerana menjadi johan keseluruhan.

: Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan Pengakap :

Seramai 5 orang ahli Pengakap SKPA telah terpilih untuk menyertai Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan Daerah Langkawi. Kursus ini telah diadakan di Tapak Perkhemahan Pengakap SK Kelibang pada 10 Februari 2018. Tahniah diucapkan kepada peserta kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dan menerima lencana Ketua Sekawan.

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini