Thursday 19 May 2016

:: Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 ::

Bagi memudahkan para guru, murid dan waris untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, dilampirkan Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 bagi semua murid dari  tahun 1 - Tahun 6.  Sama-samalah kita berdoa supaya semua anak anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sekian, terima kasih. 

:: Semoga Beroleh Kejayaan di Dunia & Akhirat ::

Sila Klik Pada Imej jadual di bawah untuk imej yang lebih jelas



Monday 16 May 2016

:: Deramang, Mahsuri warnai sambutan Hari Guru SK Penghulu Ahmad ::

Langkawi: Aksi guru lelaki dan wanita berpakaian Melayu seperti Deramang dan Mahsuri mewarnai sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, di sini, hari ini.
Guru lelaki dilihat kemas berpakaian busana Melayu dengan tengkolok, keris dan bersampin, manakala guru wanita pula mengenakan baju Kedah serta berselendang yang mendapat tepukan gemuruh lebih 850 murid sekolah itu.
Guru Besar Hairus Salleh Harrith berkata, gimik guru memakai pakaian lengkap dengan tanjak dan keris itu bertujuan memupuk rasa cinta murid terhadap warisan budaya yang semakin pupus ditelan zaman.
"Acara lain yang turut memeriahkan sambutan sama termasuk bacaan perutusan Ketua Pengarah dan Menteri Pendidikan, nyanyian lagu 'Guru Malaysia', sukaneka, dan persembahan murid serta guru," katanya.
Guru, Affendy Jaafar berkata, beliau teruja dengan acara yang dianjurkan pihak sekolah kerana meriah selain mengembalikan nostalgia busana Melayu yang semakin dilupakan.
"Pakaian ala Deramang dan Mahsuri ini selalunya kita lihat dalam filem Melayu lama dan hari ini kami bersepakat memperagakannya kembali bagi menimbulkan kelainan pada Sambutan Hari Guru kali ini," katanya.

Sumber : Harian Metro, Hamzah Osman
























FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini