Saturday 1 January 2011

Sejarah Sekolah

Tanggal 1 April 1936 bersamaan 10 Muharram 1355, sekolah telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Pegawai Daerah Langkawi mewakili Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah.   Bangunan kayu yang didirikan oleh rakyat tempatan dengan diketuai oleh Tuan Penghulu Ahmad bin Hamid.

Pada hari pertama, sekolah ini telah menerima seramai 68 orang murid.   Guru Besar sulungnya ialah Cikgu Bahari bin Mahmud berasal dari Sungai Petani dan seorang guru penolong iaitu Cikgu Jaafar bin Abdul Aziz berasal dari Kuala Ketil.

Guru-guru menginap di rumah kayu yang disediakan oleh pendudukan tempatan.   Sekolah ini diberi nama Sekolah Rakyat Ayer Hangat.

29. 12.1945
Sekolah ini telah ditutup kerana Peperangan Dunia Kedua atau dikenali sebagai Perang Jepun.  Penutupan ini diarahkan oleh Tuan Pegawai Daerah Langkawi.
10. 02. 1946
Mesyuarat  pertama diadakan bagi pembukaan semula sekolah selepas tamat pendudukan Jepun.
1947
Sekolah dibuka semula selepas berakhirnya penjajahan Jepun.
23. 03.1954
Pihak Pejabat Pelajaran (SoE) mencadangkan supaya sekolah ini diberi bangunan baru.
09. 07.1954
Bangunan baru dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Pegawai Daerah Langkawi.
21. 06. 1977
Bangunan sekolah dua tingkat dibuka dengan rasminya oleh YB Tuan Haji Salleh bin Jafaruddin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.  Bermula dari tarikh ini sekolah diberi nama Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad.
01. 06. 1984
Bangunan tambahan dua tingkat mula digunakan.
01. 01. 1990
Bangunan Pusat Sumber Sekolah siap dibina
01. 06. 2009
Bangunan baru 4 tingkat dibina.

0 Komentar:

Post a Comment

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini