Thursday 31 December 2015

:: Selamat Tahun Baru 2016 ::





Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pengunjung web ini.Semoga hari-hari yang bakal kita lalui, menjadikan kita manusia yang lebih mensyukuri nikmat.Tempuhi dengan sabar kerana kehidupan dunia ini adalah ujian buat kita.Semoga kita lebih bersemangat, diluaskan rezeki, diberi keselamatan dan sentiasa diberkati dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan!

Monday 18 May 2015

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Bagi memudahkan para guru, murid dan waris untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015, dilampirkan Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 bagi semua murid dari  tahun 1 - Tahun 6.  Sama-samalah kita berdoa supaya semua anak anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sekian, terima kasih. 

:: Semoga Beroleh Kejayaan di Dunia & Akhirat ::

Sila Klik Pada Imej jadual di bawah untuk imej yang lebih jelas








Sunday 17 May 2015

Hari Guru 2015



❀ Huraian Tema Hari Guru 2015 ❀
"Guru : Membina Ilmu Menyempurna Akhlak"
❦| 1. DEFINISI |❦
1.1 GURU: 
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
1.2 MEMBINA ILMU:
Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN:
Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK:
Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.




❦| 2. HURAIAN |❦
2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.


Friday 8 May 2015

Jadual Waktu Bagi Sesi Persekolahan 2015 Pindaan Ke-4

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dilampirkan Jadual Waktu persekolahan Sesi persekolahan 2015 Pindaan Kali ke-4. Tarikh berkuatkuasa jadual waktu terbaru ini adalah pada 10 Mei 2015.  Selain itu, tuan/puan para ibu bapa, guru dan murid boleh menyemak jadual waktu sepanjang tahun ini dengan klik pada pautan berikut:


Sekian, terima kasih


Thursday 12 March 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 Tahun 2015

Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum murid-murid. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan waris termasuk guru - guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 yang telah diadakan pada 7 Mac 2014. Kehadiran dan koitmen yang ditunjukkan oleh anda sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program khusus demi kelangsungan akademik dan kokurikulum murid.
`Saya Sayang Sekolah Saya`















Tuesday 13 January 2015

Lawatan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah ke SK Penghulu Ahmad

Tanggal 11 Januari 2015 merupakan saat & ketika yang sangat bertuah dan bermakna apabila warga SK Penghulu Ahmad menerima kunjungan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datin Azuyah bt Hassan sempena lawatan kerja Pemantauan Khas Task Force Buka Sekolah 2015.

Sesungguhnya walaupun ianya merupakan kunjungan singkat Puan Pengarah ke teratak SK Penghulu Ahmad namun ianya sarat dengan pengalaman yang sangat bermakna kepada  seluruh warga SK Penghulu Ahmad. Ianya memberi satu suntikan semangat buat seluruh warga SKPA dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan negara seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Serangkap pantun lipatan kasih buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.....

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Kunjungan puan jadi kenangan

Sekalung Budi Buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah iaitu Datin Azuyah bt Hassan SDK., AMK.




















BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Seperti mana sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan khas persekolahan kepada semua murid di Malaysia yang berstatus Warganegara Malaysia. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) sebanyak RM100.00 seorang murid untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 6, tuan puan boleh membuat tuntutan pada waktu dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 15 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 12.45 hingga 1.15 Tengah hari 
Tempat : Kelas Anak masing-masing
Nota: Sila bawa salinan (fotostat) kad pengenalan ibu bapa/penjaga. Semua ibu bapa penjaga diminta hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan. 


Sunday 4 January 2015

Hari Pendaftaran & Orientasi Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015

Alhamdulillah, Pada 3 Januari 2015 yang lalu Hari Orientasi Murid Tahun 1 2015 dapat berjalan dengan baik dan teratur. Pada Jam 7.30 pagi, kelihatan ibu bapa memimpin anak-anak masuk ke kawasan sekolah untuk pendaftaran. Berpakaian baru, kemas, bersemangat dan gembira.Itulah yang dapat dilihat pada wajah anak-anak ini. Kehadiran sangat memuaskan.Pada tahun ini, SK Penghulu Ahmad menerima murid tahun 1 seramai 124 orang.  Kesemua murid akan ditempatkan di dalam 4 kelas yang ada setelah menjalani program transisi selama 2 Minggu.

7.30 pagi - 9.00 pagi : Ibu bapa datang dan melihat senarai nama untuk tujuan pendaftaran. Selepas ke meja pendaftaran, mereka duduk di dewan mengisi dokumen-dokumen berkaitan sambil menunggu sesi taklimat.

9.00 pagi-11.00 pagi : Sesi taklimat untuk ibu bapa murid tahun 1 bermula .Manakala anak-anak dibawa oleh guru ke kelas-kelas untuk ujian saringan.

11.00 pagi : Ibu bapa pergi ke kelas anak-anak untuk menerima buku teks dan membayar keperluan berkaitan persekolahan.

Sama-sama kita doakan agar anak-anak ini menjadi manusia hebat yang mampu memimpin agama, bangsa dan negara pada masa depan, InsyaAllah.Kami kongsikan beberapa keping gambar kelak.

:: Murid Berilmu, Pemimpin Masa Depan ::

Saturday 3 January 2015

Thursday 1 January 2015

Takwim Persekolahan 2017


Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2017 Pihak sekolah yakin para guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2017 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara

Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2017, Pihak sekolah cadangkan untuk membawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi

Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna

Berikut disertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2017



FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini