Wednesday 31 December 2014
Tuesday 1 April 2014
Tuesday, April 01, 2014
Program SARANA PIBG
Program SARANA Ibu Bapa PIBG
1. Konsep Sarana Ibu Bapa.
Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam & di luar sekolah demi kecemerlangan masa depan anak-anak & negara yang tercinta: MALAYSIA
2. Objektif Program Sarana Ibu Bapa
Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.
3. Contoh Program Sarana Ibu Bapa
1. Hari Pendaftaran (Tahun 1)
2. Hari Penetapan Target UPSR
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Hari Pelaporan
5. Hari Sukan Tahunan
6. Hari Anugerah Cemerlang
7. Mesyuarat Permuafakatan.
4. Program Sarana Ibu Bapa di SKPA 2015
1. Taklimat Ibu Bapa Murid tahun 1
2. Program Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Sambutan Hari Guru
5. Karnival Amal SKPA
6. Sambutan Jamuan Hari Raya
7. Sambutan Hari Kanak-kanak
8. Klinik UPSR
9. Hari Kualiti
Monday 17 February 2014
Monday, February 17, 2014
1Bestarinet VLE Frog KPM
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Di bawah projek ini, 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah persekitaran pembelajaran maya iaitu Frog Virtual Learning Environment untuk pengajaran dan pembelajaran.
Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses platform VLE Frog.
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran maya atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah melalui VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan Internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Sunday 5 January 2014
Sunday, January 05, 2014
Harapan 2014
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat,
Amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat,
hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak di dengar (makbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Seperti mana yang sedia maklum, sesi persekolahan bagi tahun 2014 telah bermula pada 1 Januari 2014 yang lepas, ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru dan selamat datang kepada murid-murid baru Tahun Satu.
Adalah diharapkan, 2014 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di kepada seluruh warga SKPA. Seperti kata pepatah "Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang."
Diharap anak - anak didik SKPA sudah mulai menyediakan diri secara fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi cabaran hidup sebagai seorang murid.
Bagi murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2014 pada 9-11 September 2014... mulakan langkah anda sekalian ke sekolah dengan 'langkah kanan' agar momentum dan iltizam anda akan konsisten sepanjang tahun.
Tanamkan tekad dan iltizam untuk berjaya dalam akademik dan semua bidang yang diceburi. Semoga Allah memberikan ilmu yang bermanfaat buat kalian pewaris negara dan penentu peradaban.
Ayuh! Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2014 dengan penuh keazaman untuk menuntut ilmu bagi kecemerlangan dunia dan akhirat.
"Saya Sayang Sekolah Saya"
Wednesday 1 January 2014
Wednesday, January 01, 2014
Visi & Misi
Wednesday, January 01, 2014
Selamat Kembali ke Sekolah 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad (SKPA),
Setelah lama bercuti, kini masanya tiba kembali. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 1 Januari 2014. Pihak sekolah mengucapkan selamat melangkah ke alam persekolahan yang penuh warna warni.
Oleh itu, hargailah setiap detik dan ketika yang ada. Binalah kejayaan daripada segenap ruang dan peluang kerana masa tidak akan menunggu kita.
Berterima kasihlah kepada guru yang memberi ilmu dan hargailah pengorbanan ibu bapa yang telah berbelanja besar untuk melihat anak-anak anggun dan megah melangkah dengan kelengkapan serba baharu.
'Saya Sayang Sekolah Saya'