Monday 18 May 2015

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Bagi memudahkan para guru, murid dan waris untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015, dilampirkan Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 bagi semua murid dari  tahun 1 - Tahun 6.  Sama-samalah kita berdoa supaya semua anak anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sekian, terima kasih. 

:: Semoga Beroleh Kejayaan di Dunia & Akhirat ::

Sila Klik Pada Imej jadual di bawah untuk imej yang lebih jelas








Sunday 17 May 2015

Hari Guru 2015



❀ Huraian Tema Hari Guru 2015 ❀
"Guru : Membina Ilmu Menyempurna Akhlak"
❦| 1. DEFINISI |❦
1.1 GURU: 
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
1.2 MEMBINA ILMU:
Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN:
Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK:
Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.




❦| 2. HURAIAN |❦
2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.


Friday 8 May 2015

Jadual Waktu Bagi Sesi Persekolahan 2015 Pindaan Ke-4

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dilampirkan Jadual Waktu persekolahan Sesi persekolahan 2015 Pindaan Kali ke-4. Tarikh berkuatkuasa jadual waktu terbaru ini adalah pada 10 Mei 2015.  Selain itu, tuan/puan para ibu bapa, guru dan murid boleh menyemak jadual waktu sepanjang tahun ini dengan klik pada pautan berikut:


Sekian, terima kasih


FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini