Wednesday 4 September 2019

Tuesday 3 September 2019

Sunday 30 June 2019

HARI INTERAKSI WARIS TAHAP 1

Satu perjumpaan bersama waris dari tahap 1 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 30 Jun 2019 di Kelas masing-masing mulai jam 10.00 pagi. Perjumpaan ini secara tidak langsung akan membawa kepada buah fikiran daripada pihak waris untuk meningkatkan lagi pencapaian anak-anak dari bidang akademik. Hari Interaksi ini bukanlah bertujuan untuk mencari salah sesiapa sebaliknya untuk mencari persetujuan antara kedua belah pihak iaitu waris dan sekolah demi kecemerlangan sekolah amnya dan murid-murid khasnya.





Monday 24 June 2019

Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2019

Pada hari Isnin , 24 Jun 2019 - Semua warga SK Penghulu Ahmad telah mengadakan Sambutan Hari  Guru dan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Penghulu Ahmad, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
 
Majlis ini bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Penghulu Ahmad .Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
 
Semua warga SK Penghulu Ahmad kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
 
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
 
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :






Thursday 23 May 2019

Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran

Demi sama-sama merebut keberkatan bulan Ramadhan, Panitia Agama Islam telah menganjurkan sambutan Ihya Ramadhan. Sepanjang sambutan ini pelbagai aktiviti telah berjalan seperti perkongsian ilmu, tadarus dan lain-lain lagi.

Pada 23 Mei 2019, Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran telah berlangsung. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazri. Kemudian, Ustaza Majdi dan Ustaz Latif menjadi khalifah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Khatam Al-Quran.

Selain itu, turut diadakan majlis sumbangan beras dan barang keperluan harian untuk 34 orang waris yang terpilih. Ia telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Pn. Rohaida bt. Kasa. Semoga kita semua beroleh redha Allah dalam setiap amal yang kita lakukan.







FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini