|
SAAT CEMAS...peserta menunggu Ustaz Latif membunyikan hon
|
PASUKAN rumah Waja berjaya mengalahkan empat rumah sukan lain sekali gus menjadi juara Kejohanan Sukan Tara yang diadakan di padang SKPA, pada petang 22 Februari lalu.
Setiausaha sukan SKPA, Cikgu Ishak Mohamed Rasid, berkata Waja memperoleh 124 mata manakala tempat kedua adalah Satria (120 mata) diikuti Wira (107 mata) dan Putra (95 mata).
“Sebanyak tiga acara sukan dipertandingkan iaitu Lari Pecut 100 Meter, Lontar Peluru dan Lompat Tinggi. Pertandingan diadakan dengan sengit tetapi akhirnya rumah Waja menjadi juara keseluruhan bagi tahun ini,” katanya.
Katanya, kejohanan disertai hampir semua murid tahun tiga hingga enam bertujuan mencungkil bakat baru dalam dunia sukan sekolah untuk dibawa bertanding ke peringkat lebih tinggi.
|
LARI...hujan selama 10 saat menyebabkan murid bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri
|
“Murid yang memenangi acara dipertandingkan dalam Sukan Tara ini akan diuji dengan lebih lanjut dan jika mereka layak, mereka akan dibawa bertanding dalam Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Langkawi yang akan diadakan bulan depan,” katanya.
Beliau berkata, latihan persiapan bagi setiap rumah sukan diadakan setiap minggu sejak Januari lalu dan sepanjang latihan, murid didedahkan teknik bersukan yang betul bagi setiap acara.
|
LEPAS...atlet rumah Wira melakukan aksi ‘flying kick’ untuk melepasi palang lompat tinggi
|
“Kebanyakan murid dapat menunjukkan kemahiran bersukan yang betul bagi ketiga-tiga acara ini. Ia adalah pendedahan berguna buat mereka pada masa akan datang,” katanya.