Showing posts with label disiplin. Show all posts
Showing posts with label disiplin. Show all posts

Tuesday, 3 May 2011

Bersama Menjayakan Ponteng Sifar

MURID SKPA diingatkan supaya tidak ponteng kelas termasuk untuk ke tandas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan atau tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka.
    Guru Disiplin SKPA, Ustaz Yahaya Mat, berkata berlaku beberapa kes di mana murid dikesan bertindak ponteng dengan tidak masuk ke dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
   Terbaru, beliau berjaya menahan beberapa murid yang ponteng dengan bertindak keluar dari kelas masing-masing ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
   “Minggu lepas, saya menangkap empat murid 6 Tekun iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan yang ponteng ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Lebih teruk lagi adalah murid lelaki ini bertindak mengintai ke dalam tandas murid perempuan,” katanya dalam perhimpunan mingguan pada 6 Mac lalu.
   Semua murid SKPA dilarang keluar kelas ketika waktu pengajaran dan pembelajaran walaupun untuk ke tandas.
   Murid yang melanggar peraturan ini akan direkodkan namanya untuk dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk tindakan lanjut.
   Selain itu, Ustaz Yahaya turut mengingatkan bahawa murid dilarang membawa objek tajam dan berbahaya termasuk pembaris besi kerana ia boleh disalahguna sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
    “Minggu lepas juga, seorang murid 5 Arif bertindak menoreh muka rakannya dengan menggunakan pembaris besi sehingga luka.
   “Pembaris besi tidak boleh dibawa ke sekolah dan jika pembaris itu milik guru, murid tidak boleh mengambilnya sesuka hati mereka,” katanya.

Saturday, 9 April 2011

Tindakan Tegas Jika Rosakkan Harta Sekolah

MURID yang merosakkan harta sekolah akan dikenakan tindakan tegas termasuk diarah membayar kos ganti-rugi barang yang dirosakkannya.
     Guru Disiplin SKPA, Ustaz Yahaya Mat, berkata pada bulan ini, terdapat kes seorang murid tahun enam merosakkan pintu kelas tahun lima dan tindakan keras akan dikenakan terhadap murid terbabit.
     “Murid lelaki ini menendang pintu kelas hingga pecah serta berlubang dan saya akan meminta ibu bapanya membayar kos ganti rugi pintu yang pecah ini. Harga pintu ini lebih RM100 dan dia terpaksa membayarnya kerana ia adalah harta sekolah,” katanya pada perhimpunan mingguan, 13Februari lalu.
     Selain itu, murid juga dilarang menconteng termasuk menulis nama dan kelas mereka pada kerusi atau meja sekolah kerana kerusi atau meja berkenaan adalah harta sekolah dan bukannya hak milik mutlak murid.

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini