Thursday 19 May 2016

:: Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 ::

Bagi memudahkan para guru, murid dan waris untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, dilampirkan Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 bagi semua murid dari  tahun 1 - Tahun 6.  Sama-samalah kita berdoa supaya semua anak anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sekian, terima kasih. 

:: Semoga Beroleh Kejayaan di Dunia & Akhirat ::

Sila Klik Pada Imej jadual di bawah untuk imej yang lebih jelas



Monday 16 May 2016

:: Deramang, Mahsuri warnai sambutan Hari Guru SK Penghulu Ahmad ::

Langkawi: Aksi guru lelaki dan wanita berpakaian Melayu seperti Deramang dan Mahsuri mewarnai sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, di sini, hari ini.
Guru lelaki dilihat kemas berpakaian busana Melayu dengan tengkolok, keris dan bersampin, manakala guru wanita pula mengenakan baju Kedah serta berselendang yang mendapat tepukan gemuruh lebih 850 murid sekolah itu.
Guru Besar Hairus Salleh Harrith berkata, gimik guru memakai pakaian lengkap dengan tanjak dan keris itu bertujuan memupuk rasa cinta murid terhadap warisan budaya yang semakin pupus ditelan zaman.
"Acara lain yang turut memeriahkan sambutan sama termasuk bacaan perutusan Ketua Pengarah dan Menteri Pendidikan, nyanyian lagu 'Guru Malaysia', sukaneka, dan persembahan murid serta guru," katanya.
Guru, Affendy Jaafar berkata, beliau teruja dengan acara yang dianjurkan pihak sekolah kerana meriah selain mengembalikan nostalgia busana Melayu yang semakin dilupakan.
"Pakaian ala Deramang dan Mahsuri ini selalunya kita lihat dalam filem Melayu lama dan hari ini kami bersepakat memperagakannya kembali bagi menimbulkan kelainan pada Sambutan Hari Guru kali ini," katanya.

Sumber : Harian Metro, Hamzah Osman
























Monday 1 February 2016

:: Majlis Watikah Lantikan Pengawas 2016 ::

Assalamualaikum,
Sesi pentauliahan pengawas bagi tahun 2016.
Tahniah pihak sekolah ucapkan kepada murid yang dilantik sebagai pengawas sekolah sesi 2016.
Guru besar Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad menyampaikan ucapan kepada pengawas sekolah yang bertanggungjawab:
1) Mengawal disiplin murid.
2) Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
3)Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
4) Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.

Monday 25 January 2016

:: Program Transisi Murid Tahun 1 2016 ::

Program Transisi bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah.

Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.

Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka.

Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukanika yang dirancang untuk mereka.

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini