Monday 31 December 2018

Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 2019

Bertarikh 31 Disember (Ahad), pelaksanaan Hari Pendaftaran bagi murid tahun 1 sesi 2019 diadakan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.30 pagi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut menemani anak masing-masing ke sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar, En. Hairus Salleh B. Harith.  Seterusnya, guru yang mengetuai Program Transisi mengetuai pemberian taklimat tentang proses pengajaran-pembelajaran anak-anak mereka kepada ibu bapa. Ini diteruskan dengan sesi pengisian borang maklumat ibu bapa dan murid.














Sunday 30 December 2018

Mesyuarat Pertama 2019

 Menuju tahun baru, mesyuarat kali pertama sekolah diadakan pada 30 Disember 2018. Mesyuarat dilangsungkan di Bilik Mesyuarat SKPA. Kehadiran penuh semua guru pada mesyurat ini menunjukkan semangat baru dan komitmen guru-guru dalam menyusun agenda pendidikan dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu secara menyeluruh.




Monday 24 September 2018

Thursday 6 September 2018

Thursday 30 August 2018

Monday 20 August 2018

Thursday 16 August 2018

: Karnival Pendidikan Khas :

Buat julung kalinya, Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SKPA menganjurkan Karnival Pendidikan Khas. Karnival turut disertai PKI dari SK Temonyong dan SK Langkawi. Karnival berlasngsung pada 15 Ogos bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari di Laman Nurani.

Murid-murid PKI menyediakan pelbagai gerai jualan alat tulis, makanan, barangan terpakai, kraftangan dan permainan. Karnival meriah dengan kunjungan ibu bapa, murid-murid SKPA serta murid-murid PKI dari sekolah-sekolah sekitar Langkawi. Tahniah diucapakan kepada Kelas PKI SKPA atas penganjuran karnival yang hebat.




FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini