Monday 31 December 2018

Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 2019

Bertarikh 31 Disember (Ahad), pelaksanaan Hari Pendaftaran bagi murid tahun 1 sesi 2019 diadakan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.30 pagi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut menemani anak masing-masing ke sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar, En. Hairus Salleh B. Harith.  Seterusnya, guru yang mengetuai Program Transisi mengetuai pemberian taklimat tentang proses pengajaran-pembelajaran anak-anak mereka kepada ibu bapa. Ini diteruskan dengan sesi pengisian borang maklumat ibu bapa dan murid.














Sunday 30 December 2018

Mesyuarat Pertama 2019

 Menuju tahun baru, mesyuarat kali pertama sekolah diadakan pada 30 Disember 2018. Mesyuarat dilangsungkan di Bilik Mesyuarat SKPA. Kehadiran penuh semua guru pada mesyurat ini menunjukkan semangat baru dan komitmen guru-guru dalam menyusun agenda pendidikan dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu secara menyeluruh.




FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini