Sunday 5 January 2014

Harapan 2014



بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat,
Amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, 
hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak di dengar (makbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).


Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.

Seperti mana yang sedia maklum, sesi persekolahan bagi tahun 2014 telah bermula pada 1 Januari 2014 yang lepas, ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru dan  selamat datang kepada murid-murid baru Tahun Satu.

Adalah diharapkan, 2014 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di kepada seluruh warga SKPA. Seperti kata pepatah "Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang."

Diharap anak - anak didik SKPA sudah mulai menyediakan diri secara fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi cabaran hidup sebagai seorang murid.

Bagi murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan  UPSR 2014 pada 9-11 September 2014... mulakan langkah anda sekalian ke sekolah dengan 'langkah kanan' agar momentum dan iltizam anda akan konsisten sepanjang tahun.

Tanamkan tekad dan iltizam untuk berjaya dalam akademik dan semua bidang yang diceburi. Semoga Allah memberikan ilmu yang bermanfaat buat kalian pewaris negara dan penentu peradaban.

Ayuh! Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2014 dengan penuh keazaman untuk menuntut ilmu bagi  kecemerlangan dunia dan akhirat.


"Saya Sayang Sekolah Saya"

Wednesday 1 January 2014

Selamat Kembali ke Sekolah 2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad (SKPA),

Setelah lama bercuti, kini masanya tiba kembali. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 1 Januari 2014. Pihak sekolah mengucapkan selamat melangkah ke alam persekolahan yang penuh warna warni.

Oleh itu, hargailah setiap detik dan ketika yang ada. Binalah kejayaan daripada segenap ruang dan peluang kerana masa tidak akan menunggu kita.

Berterima kasihlah kepada guru yang memberi ilmu dan hargailah pengorbanan ibu bapa yang telah berbelanja besar untuk melihat anak-anak anggun dan megah melangkah dengan kelengkapan serba baharu.

'Saya Sayang Sekolah Saya'



FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini