Monday, 31 December 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum warga penyayang Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahamd (SKPA),

Setelah lama bercuti, kini masanya tiba kembali... Selamat melangkah ke alam persekolahan yang penuh warna warni. 


Oleh itu, hargailah setiap detik dan ketika yang ada. Binalah kejayaan daripada segenap ruang dan peluang kerana masa tidak akan menunggu kita.

Berterima kasihlah kepada guru yang memberi ilmu dan hargailah pengorbanan ibu bapa yang telah berbelanja besar untk melihat anak-anak anggun dan megah melangkah dengan kelengkapan serba baharu.

`Saya Sayang Sekolah Saya`



Wednesday, 12 September 2012

Peperiksaan UPSR 2012

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru tahun 6 dalam menggembleng seluruh tenaga & usaha dalam menyiapkan calon UPSR 2012.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Setiausaha Peperiksaan, Cikgu Nazuandi dalam memantapkan keperluan calon sepanjang peperiksaan ini berlangsung.

Diharapkan calon UPSR tahun ini akan memberi kejutan dalam keputusan UPSR kelak. InsyAllah !











Tuesday, 11 September 2012

Lawatan Murid Ke Underwater World, Langkawi



Lawatan sempena minggu peperiksaan UPSR melibatkan murid tahun 3, Prasekolah & murid Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.

Di Underwater World Langkawi, murid didedahkan kepada pengalaman kehidupan pelbagai spesies hidupan liar yang hidup pada tiga ekosistem berbeza iaitu bersuhu tropika, sederhana dan sejuk.
















Friday, 7 September 2012

Bacaan Yassin, Solat Hajat & Interaksi Waris Tahun 6

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kpd Imam, pengerusi PiBG, pentadbir sekolah,waris tahun 6, guru-guru tahun 6, Ustaz & ustazah serta murid-murid tahun 6 yang sama-sama menjayakan Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Interaksi waris 2012.

Mudah-mudahan keberkatan Ramadhan akan memberi sinar kepada murid tahun 6
menghadapi UPSR tahun ini. InsyAllah.

` Saya Sayang Sekolah Saya`.




























Thursday, 6 September 2012

:: Karya Kreatif Murid SK Penghulu Ahmad ::

Kurikulum di Malaysia yang diiktiraf berkualiti sentiasa menitikberatkan unsur kreativiti kepada murid. Seorang murid SK Penghulu Ahmad Naufal Adib Bin Fazlan (4 Pintar) mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan komik untuk tatapan umum. Para pembaca boleh melihat hasil karya murid berikut di bawah. Semoga Mohd Adib terus maju dalam bidang seni lukisan pada masa akan datang.

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
















FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Waktu Solat

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini