Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Lawatan Murid Ke Underwater World, Langkawi



Lawatan sempena minggu peperiksaan UPSR melibatkan murid tahun 3, Prasekolah & murid Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.

Di Underwater World Langkawi, murid didedahkan kepada pengalaman kehidupan pelbagai spesies hidupan liar yang hidup pada tiga ekosistem berbeza iaitu bersuhu tropika, sederhana dan sejuk.
















Saturday, 1 September 2012

Langkawi Cable Car- Percutian Motivasi Tahun 6

Lawatan ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada murid yang lulus semua subjek dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 2012. Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kpd ketua rombongan Cikgu Fatimah dan guru-guru pengiring iaitu Cikgu Masripah, Cikgu Normah, Cikgu Farhana & Cikgu Ishak atas komitmen anda membawa murid tahun 6 menimba pengalaman menaiki Cable Car pada bulan Ramadhan 2012.






















Monday, 18 April 2011

Lawatan Penanda Aras Eratkan Hubungan Dua Negara Malaysia-Thailand

LANGKAWI : Satu program yang merentasi dua buah negara iaitu Lawatan Penanda Aras ke dua buah sekolah di Satun , Thailand yang diadakan pada 31 Mac-2 April anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Ayer Hangat telah berlangsung dengan jayanya. Lawatan ini disertai para guru, AJK PIBG dan juga para waris.
            Dua buah sekolah yang terpilih dalam lawatan ini ialah Sekolah Bantanyongkabooy dan Sekolah Bankhuan dalam Wilayah Satun. Sepanjang lawatan itu pelbagai pengalaman dapat dirasai oleh ahli rombongan dan mungkin juga ada sesuatu yang menarik di bawa pulang untuk warga SKPA. Segala informasi pendidikan yang terkini akan dikongsi bersama.
            Sebelum bertolak pulang , ahli rombongan sempat membeli belah di sekitar bandar Hatyai sebagai ole-ole untuk di bawa pulang. Diharapkan kerjasama yang terjalin akan memberi impak yang positif dalam pembangunan pendidikan. Semoga SKPA mendapat sesuatu yang amat berharga untuk dimanfaatkan bersama demi mencapai kecemerlangan yang lebih unggul di SKPA.


























Disediakan Oleh : Nor Sharkila Bt Saad
Setiausaha Biro Kurikulum PIBG SKPA.

Saturday, 9 April 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Kolej Komuniti Langkawi

BEGINI CARANYA...sebahagian murid tahun 6 Pintar mendengar dengan penuh minat mengenai teknik memasak secara professional yang disampaikan pelatih Kolej Komuniti Langkawi dalam lawatan Kelab Pelancongan SKPA ke pusat pengajian itu pada 22 Februari lalu.

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini