Saturday, 9 April 2011

Tindakan Tegas Jika Rosakkan Harta Sekolah

MURID yang merosakkan harta sekolah akan dikenakan tindakan tegas termasuk diarah membayar kos ganti-rugi barang yang dirosakkannya.
     Guru Disiplin SKPA, Ustaz Yahaya Mat, berkata pada bulan ini, terdapat kes seorang murid tahun enam merosakkan pintu kelas tahun lima dan tindakan keras akan dikenakan terhadap murid terbabit.
     “Murid lelaki ini menendang pintu kelas hingga pecah serta berlubang dan saya akan meminta ibu bapanya membayar kos ganti rugi pintu yang pecah ini. Harga pintu ini lebih RM100 dan dia terpaksa membayarnya kerana ia adalah harta sekolah,” katanya pada perhimpunan mingguan, 13Februari lalu.
     Selain itu, murid juga dilarang menconteng termasuk menulis nama dan kelas mereka pada kerusi atau meja sekolah kerana kerusi atau meja berkenaan adalah harta sekolah dan bukannya hak milik mutlak murid.

1 comment:

  1. Jadikan ini sebagai satu pengajaran. Harapan semua guru-guru SKPA agar dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah..

    ReplyDelete

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Waktu Solat

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini