Walaupun baru mengenali sukan golf selama beberapa bulan, kemampuan murid SKPA terbukti apabila memperoleh tempat keempat dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Daerah Langkawi yang diadakan di Kelab Golf Gunung Raya pada 13 Februari lalu.
Setiausaha Sukan SKPA, Cikgu Ishak Mohamed Rasid, berkata sekolah menghantar dua wakil ke pertandingan itu dan berbangga apabila seorang daripada mereka iaitu Mohd Akmal Alif Mohd Zan, berjaya mengalahkan beberapa pemain berbakat sekolah lain sehingga memperoleh tempat keempat dengan 110 pukulan.
“Sepuluh peserta daripada sekolah seluruh Langkawi bertanding kategori bawah 12 tahun dan kita mendapat tempat keempat dan ke-10,” katanya. SKPA diwakil Akmal Alif dari kelas 6 Cerdik dan Roslan Rosli dari kelas 5 Arif. Roslan membuat 168 pukulan.
“Saya berbangga dengan semangat dan kemampuan dua wakil sekolah ini kerana mereka dapat bermain golf dengan baik walaupun baru melihat padang golf sebenar sehari sebelum pertandingan,” katanya.
0 Komentar:
Post a Comment