Saturday 9 April 2011

Warisan Bangsa Melayu Terus Dipelihara

PENYERTAAN murid SKPA dalam Kelab Pencak Silat sekolah membolehkan warisan bangsa Melayu itu terus dipelihara sehingga ke generasi akan datang.
     Guru Penasihat Kelab yang juga Jurulatih Kelab Pencak Silat SKPA, Cikgu Sharif Shah Bani Sharif Hamid, berkata beliau bangga masih ada murid memiliki kesedaran untuk memelihara warisan bangsa daripada pupus dengan menyertai kelab ini.
     “Seni mempertahankan diri Taekwondo berasal dari Korea, Karate dari Jepun, Kung Fu dari China dan kita sebagai bangsa Melayu memiliki silat yang sudah wujud ratusan tahun dulu. Dengan penyertaan dalam Kelab Pencak Silat sekolah, ia secara tidak langsung memastikan warisan ini akan terus wujud pada masa akan datang. Murid ini adalah pewaris warisan bangsa,” katanya.
     Beliau berkata, silat juga tidak kurang hebatnya berbanding seni mempertahankan diri dari negara lain.
     “Antara kelebihan silat adalah murid akan turut diajar menggunakan senjata seperti rotan, keris, parang atau kain yang mana ilmu senjata tidak terdapat dalam kebanyakan seni bela diri lain termasuk taekwondo.
     “Bagaimanapun, buat permulaan, murid SKPA akan diajar asas bersilat seperti tumbukan, tendangan, tepisan serta kuncian dan jika mereka sudah mahir, maka ilmu senjata akan diajar kepada mereka,” katanya. Murid yang berminat menyertai Kelab Pencak Silat sekolah, boleh menghubungi Cikgu Sharif atau Cikgu Nasron.

0 Komentar:

Post a Comment

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Blog Archive

Artikel Terkini