Guru Besar SKPA, PuanAishah Ariffin, berkata, pihak sekolah merancang mengadakan majlis secara besar-besaran pada tahun ini yang tidak saja membabitkan murid dan guru tetapi turut disertai penduduk sekitar Ayer Hangat.
“Berbeza dengan tahun lepas, tahun ini kita mengadakan kenduri dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju menyumbang seekor lembu untuk disembelih. Pihak yang ingin mengadakan akikah juga turut serta dalam pembelian lembu ini.
“Selepas lembu disembelih pada petang 23 Februari, warga sekolah bersama waris serta penduduk Ayer Hangat bergotong-royong melapah dan memasak daging untuk dijamu kepada tetamu. Tetamu yang dijemput untuk kenduri ini tidak semestinya waris pelajar sahaja tetapi semua penduduk,” katanya.
Kira-kira 300 penduduk sekitar Ayer Hangat hadir memeriahkan majlis kenduri Maulidur Rasul ini termasuk turut sama menyertai perarakan sejauh sekitar satu kilometer. Turut hadir ialah ADUN Ayer Hangat, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi b. Hj Abd Hamid, tetamu jemputan dan pemimpin setempat.
Selain kenduri dan perarakan, majlis turut dimeriahkan persembahan nasyid, selawat, pertandingan tilawah, hafazan, menulis jawi khat dan pertandingan bercerita sirah Nabi Muhammad SAW.
0 Komentar:
Post a Comment