Saturday 9 April 2011

Cikgu Hamizul Bertukar ke SK Relau

SELEPAS kira-kira setahun lima bulan menabur bakti di SKPA sebagai Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Cikgu Hamizul Othman, akhirnya ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Relau, Sungai Jawi, Kedah pada 27 Februari lalu.
     Beliau yang juga guru Bahasa Malaysia bagi kelas 5 Pintar di SKPA, akan menjawat tugas sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum di sekolah baru berkenaan. Jawatan Cikgu Hamizul diganti Cikgu Roshita Sulaiman yang sebelum ini menjawat tugas sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.
     Dalam pada itu, SKPA mengalu-alukan kedatangan dua guru baru antaranya Cikgu Fatimah Kassim yang akan bertugas sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum di sekolah ini. Cikgu Fatimah sebelum ini bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu di Kuah. Seorang lagi guru baru ialah guru Pendidikan Islam J-Qaf iaitu Ustaz Ahya Yusoff.

0 Komentar:

Post a Comment

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Blog Archive

Artikel Terkini