Monday 24 June 2019

Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2019

Pada hari Isnin , 24 Jun 2019 - Semua warga SK Penghulu Ahmad telah mengadakan Sambutan Hari  Guru dan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Penghulu Ahmad, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
 
Majlis ini bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Penghulu Ahmad .Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
 
Semua warga SK Penghulu Ahmad kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
 
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
 
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :






0 Komentar:

Post a Comment

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini