Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2017 Pihak sekolah yakin para guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2017 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2017, Pihak sekolah cadangkan untuk membawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna
Berikut disertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2017
0 Komentar:
Post a Comment