Monday, 13 August 2018

: Pecutan Akhir UPSR - Sains :

UPSR akan tiba tidak lama lagi. Panitia Sains telah merangka satu program pecutan akhir untuk murid-murid tahun 6. Setiap hari persekolahan, mereka akan berkumpul di dewan selama 15 minit semasa waktu rehat untuk mengulangkaji soalan-soalan mata pelajaran Sains. Program dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran Sains tahun 6.



Thursday, 2 August 2018

Sunday, 22 July 2018

: Kem Khalifah Bestari :


Pada 20 hingga 21 Julai 2018, Kem Khalifah Bestari telah berlangsung. Kem ini merupakan kem motivasi untuk pelajar dann ibu bapa murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Kem tersebut telah diadakan di Mes PDRM Langkawi. Ia merupakan anjuran bersama Unit Kaunseling SKPA, ALKIS (Persatuan Alumni Kolej Islam Klang dan UPM. Fasilitator dan penceramah yang hadir bukanlah calang-calang orang. Semoga murid dan ibu bapa mendapat manfaat daripada program tersebut.





Saturday, 30 June 2018

: Selamat Hari Raya Aidilfitri :

Setelah berjaya mengharungi bulan Ramadhan yang mulia dengan beribadat, tibalah bulan yang penuh dengan kemeriahan, Syawal. Warga SKPA tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun yang lepas. Semua warga SKPA berpakaian serba cantik, berwarna-warni semasa perayaan tersebut. Ia telah diadakan pada 30 Jun 2018. Pelbagai aktiviti diadakan seperti jamuan elas, jamuan guru, bersalam-salaman antar murid dan guru, persembahan murid dan pelbagai lagi.







Friday, 18 May 2018

: Sambutan Hari Guru 2018 :

'Guru Pembina Negara Bangsa', itulah tema Sambutan Hari Guru bagi tahun 2018. Warga SKPA tidak ketinggalan untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini. Sambutan telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 15 dan 16 Mei 2018.


Pada Hari Selasa, 15 Mei, sukan antara guru dan murid telah diadakan. Bagi guru lelaki dan murid lelaki, pertandingan bola sepak dipertandingkan dan menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan guru. Guru wanita dan murid telah berentap di dalam acara bola tampar. Seperti dijangka, pasukan guru menguasai permainan. Takkan cikgu nak kalah dengan anak murid kan?

Pada hari berikutnya, sambutan diteruskan dengan perarakan guru, persembahan guru dan murid, pertukaran hadiah dan jamuan sempena sambutan ini. Guru-guru mengenakan pakaian bertemakan songket. Guru-guru wanita melaram sakan dengan pelbagai jenis kain songket dan gaya. Guru lelaki seperti biasa kacak bergaya.


Wednesday, 11 April 2018

: Ceramah Motivasi bersama PU Azraei :

Pencetus Ummah (PU) Azraei telah meluangkan masa bersama murid tahun 6 pada 11 April 2018. Ceramah motivasi yang beliau sampaikan telah memberi semangat kepada para murid untuk bersyukur dengan apa yang mereka ada dan berusaha untuk menjadi murid yang berjaya. Semoga kehadiran PU Azraei dapat menyuntik semangat murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini.

Tuesday, 10 April 2018

: Warriors Never Quit - MSSK 2018 :

Tahniah diucapkan kepada adik Haziq dari tahun 4 kerana telah mengharumkan nama sekolah dan daerah di peringkat negeri. Beliau, yang mana telah mendapat pingat emas dalam temasya sukan MSSD Langkawi, telah mewakili daerah ke temasya sukan MSSK. Berbekalkan slogan Warriors Never Quit, beliau telah membuktikan bahawa murid dari kepulauan juga mampu memberi saingan kepada peserta lain. Beliau telah membawa pulang pingat perak dalam acara lompat tinggi. Tahniah sekali lagi daripada pihak sekolah.

Tuesday, 13 March 2018

Sunday, 11 March 2018

: Action Song Peringkat Negeri Kedah :

Sempena Hari Air Sedunia, JPN Kedah dengan kerjasama SADA telah menganjurkan pertandingan Action Song. SKPA merupakan satu-satunya sekolah dari Daerah Langkawi yang menghantar wakil ke pertandingan tersebut. Ia telah diadakan di Alor Setar dan disertai oleh lebih 30 sekolah dari seluruh negeri Kedah. Pada 27 Februari, keputusan pertandingan telah diumumkan di hadapan YB Menteri Besar Kedah di Stadium Darul Aman dan SKPA telah dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dan En Hilmi, Cik Emillia, Cik Sobehah, Pn Norehan dan Cik Sakinah yang telah bertungkus lumus berlatih.

: Kejohanan Olahraga SKPA Ke 31 :

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua guru, staf dan murid SKPA kerana telah menjayakan Kejohanan Olahraga SKPA kali ke 31. Sukantara telah diadakan bermula pada 11 Februari dan 12 Februari. Manakala acara saringan diadakan pada 13 Februari dan kemuncak kejohanan pada 14 Februari. Sepanjang minggu, para guru dan murid telah berpanas dalam menyertai semua acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada rumah Wira (Hijau) kerana menjadi johan keseluruhan.

: Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan Pengakap :

Seramai 5 orang ahli Pengakap SKPA telah terpilih untuk menyertai Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan Daerah Langkawi. Kursus ini telah diadakan di Tapak Perkhemahan Pengakap SK Kelibang pada 10 Februari 2018. Tahniah diucapkan kepada peserta kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dan menerima lencana Ketua Sekawan.

Sunday, 21 January 2018

Monday, 15 January 2018

: Kejohanan Merentas Desa 2018 :

Pada 13 Januari 2018 (Sabtu) yang lalu, SKPA telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2018. Semua murid tahun 3 hingga 6 telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut. Murid-murid telah melalui kawasan kampung, tepian sungai, ladang getah dan hutan dalam menamatkan larian mereka. Walaupun laluan yang agak mencabar, semua murid menamatkan larian dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada para guru yang telah mengiringi larian dan menjaga checkpoint di sepenjang laluan. Tidak dilupa kepada para waris yang juga turut membantu dan menyediakan kudapan.








Sunday, 1 October 2017

: Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 :

16 Ogos hingga 16 September setiap tahun merupakan tarikh yang cukup bermakna buat rakyat Malaysia. Sepanjang tarikh ini, negara akan meraikan Bulan Kebangsaan di mana 31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan dan 16 September pula tarikh pembetukan negara Malaysia.

Warga SKPA tidak ketinggalan meraikan bulan penuh bermakna ini dengan menghias kawasan sekolah, kelas dan pelbagai aktiviti bertemakan Kemerdekaan.

Pada 30 September yang lepas, Majlis Penutup Bulan Kebangsaan telah berjalan dengan meriahnya. Pelabagai aktiviti seperti deklamasi sajak oleh murid dan guru, nyanyian solo, nanyian koir dan tarian kebudayaan.

Majlis diserikan dengan guru dan murid yang berpakaian bertemakan tahun 1957.







Wednesday, 6 September 2017

: Majlis Bacaan Yassin sempena UPSR 2017:

Warga sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin sempena UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 September 2017
Hari: Khamis
Masa: 7.30 malam
Tempat: Laman Nurani SKPA

Sehubungan dengan itu, semua guru, waris tahun 6 dan murid tahun 6 dijemput hadir. Semoga semua dapat sama-sama mendoakan kejayan murid-murid tahun 6 di dalam UPSR yang akan datang.

Monday, 17 July 2017

: Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Langkawi :

Tahniah diucapkan kepada pasukan SKPA kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga di dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket peringkat daerah Langkawi. Pasukan sekolah diwakili oleh adik Ku Muhammad Adham dan Wan Muhammad Farhan dari tahun 5 dan diiringi oleh Cikgu Izwan.





: Pasukan Bola Baling Juara Peringkat Negeri :

Tahniah diucapkan buat adik Aiman Kamil, Aiman Rifqi dan Firdaus dari tahun 6 yang telah mewakili daerah Langkawi dalam pertandingan bola baling peringkat negeri. Lebih manis lagi pasukan Langkawi telah dinobatkan sebagai Juara kejohanan tersebut. Tahniah sekali lagi.



: Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 :


Pada 13 Julai 2017 bersamaan 19 Syawal 1438, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017. Suasana meriah sambutan hari raya tersebut penuh warna-warni apabila semua guru dan murid memakai pakaian raya masing-masing. Sambutan dimulakan dengan kejutan Hari Jadi buat Tuan Guru Besar yang secara kebetulan jatuh pada hari tersebut. Selepas daripada itu, murid-murid tahun 1 hingga 5 mempersembahkan beberapa persembahan yang cukup menghiburkan. Selepas selesai persembahan, murid-murid mengadakan jamuan di dalam kelas masing-masing.








FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini