Pada 21 Mac 2019 yang lalu, telah berlangsung majlis pelancaran Program Nilam 2019. Ia telah disepurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Masripah bt Mailan. Terdapat pelagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari seperti penyampaian hadiah tokoh NILAM, kuiz, pertandingan mewarna, pertandingan silang kata dan pameran buku. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran maskot Panda.
Friday, 22 March 2019
Friday, March 22, 2019
Pelancaran Program NILAM 2019
Wednesday, 13 March 2019
Wednesday, March 13, 2019
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45
Sunday, 24 February 2019
Sunday, February 24, 2019
Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2019
Pada 23 Februari 2019, Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2019 membuka tirai. SKPA tidak ketinggalan untuk menghantar peserta pada kejohanan yang berprestij ini. Hari pertama kejohanan memberi sinar buat pasukan SKPA apabila berjaya merangkul beberapa kejayaan. Susulan daripada itu, kejayaan demi kejyaan terus dikecapi apabila atlet sekolah berjaya menamatkan kemarau SKPA pada kejohanan berprestij ini.


Perbarisan: Tempat Ke-5
100m 12L: Emas
4X100m 12P: Emas
200m 12P: Emas, Perak
100m 12P: Perak
4X100m 12 L: Perak
100m 10P: Gangsa
Lompat Tinggi 10L: Gangsa
Lontar Peluru 12P: Gangsa
Tahniah diucapkan kepada semua perserta dan jurulatih. Semoga lebih banyak kejayaan akan ditempa.
Monday, 7 January 2019
Monday, January 07, 2019
Majlis Tautan Kasih | Setulus Kasih, Seikhlas Budi |
Majlis persaraan dua orang guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah disambut meriah baru-baru ini. Salah seorang guru yang diraikan, Cikgu Hashim, 55 telah berkhidmat selama 32 tahun sebagai guru. Manakala Cikgu Sabturiah, juga seorang guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat selama 25 tahun merupakan seorang lagi guru yang turut diraikan pada hari yang sama.
Tuesday, 1 January 2019
Tuesday, January 01, 2019
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2019
Hari ini bermulanya sesi persekolahan bagi sesi 2019 setelah musim cuti persekolahan panjang berlalu. Apa yang pasti tumpuan serta masa diluangkan khusus bagi murid-murid darjah satu yang baru melangkah ke alam persekolahan.Murid-murid kelihatan sangat teruja dengan alam persekolahan yang baru mereka alami ini, tidak kurang juga ada yang "menangis" dan "sedih" kerana belum membiasakan diri pada dunia baru mereka ini.
Monday, 31 December 2018
Monday, December 31, 2018
Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 2019
Bertarikh 31 Disember (Ahad), pelaksanaan Hari Pendaftaran bagi murid tahun 1 sesi 2019 diadakan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.30 pagi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut menemani anak masing-masing ke sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar, En. Hairus Salleh B. Harith. Seterusnya, guru yang mengetuai Program Transisi mengetuai pemberian taklimat tentang proses pengajaran-pembelajaran anak-anak mereka kepada ibu bapa. Ini diteruskan dengan sesi pengisian borang maklumat ibu bapa dan murid.
Sunday, 30 December 2018
Sunday, December 30, 2018
Mesyuarat Pertama 2019
Menuju tahun baru, mesyuarat kali pertama sekolah diadakan pada 30 Disember 2018. Mesyuarat dilangsungkan di Bilik Mesyuarat SKPA. Kehadiran penuh semua guru pada mesyurat ini menunjukkan semangat baru dan komitmen guru-guru dalam menyusun agenda pendidikan dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu secara menyeluruh.
Monday, 24 September 2018
Monday, September 24, 2018








