Wednesday, 15 February 2017

: Tragedi Menimpa Murid SKPA :

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Info rasmi: Sebuah rumah murid SKPA terbakar petang tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 5.00 petang.

Kebakaran hampir memusnahkan 90% harta benda dan isi rumah termasuk buku-buku sekolah dan pakaian. Namun tiada kecederaan dilaporkan. 

Keluarga terlibat mempunyai 3 adik beradik masing-masing masih bersekolah. 

Umairah Salsabila - Tingkatan 1
Adik perempuan - Tahun 3
Adik lelaki - Tahun 1.

Warga SKPA melahirkan rasa simpati kepada keluarga terlibat.

Derma kilat akan diadakan pada hari esok. Pihak korporat, NGO, pihak swasta dan sebagainya digalakkan menghulur sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Hubungi pihak sekolah : 04-9591996.

#hulurkanbantuanringankanbeban.

0 Komentar:

Post a Comment

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Waktu Solat

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini