Lawatan ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada murid yang lulus semua subjek dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 2012. Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kpd ketua rombongan Cikgu Fatimah dan guru-guru pengiring iaitu Cikgu Masripah, Cikgu Normah, Cikgu Farhana & Cikgu Ishak atas komitmen anda membawa murid tahun 6 menimba pengalaman menaiki Cable Car pada bulan Ramadhan 2012.
Saturday, 1 September 2012
Saturday, September 01, 2012
Langkawi Cable Car- Percutian Motivasi Tahun 6
Thursday, 30 August 2012
Thursday, August 30, 2012
Sambutan Merdeka Raya 2012
Pada 29 Ogos 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah mengadakan sambutan merdeka raya bagi tahun 2012. Sambutan ini diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan raya, pertandingan membuat topi kemerdekaan dan pertandingan melukis dan mewarna.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Halim bin Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan merdeka raya peringkat sekolah tahun 2012.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Halim bin Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan merdeka raya peringkat sekolah tahun 2012.
Thursday, 9 August 2012
Thursday, August 09, 2012
Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Daerah Langkawi 2012
Kumpulan Koir Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah mempersembahkan 2 buah lagu bertemakan Hari Kebangsaan dihadapan Yang Berhormat Dato` Paduka Abu Bakar Ahli Parlimen Langkawi. Majlis anjuran Jab Penerangan dengan kerjasama LANGKAWI.FM diadakan secara langsung di Dataran Mar Mar, Kuah Langkawi.
SKPA berbangga kerana kumpulan koir terpilih dalam mempersembahkan lagu tema hari kebangsaan 2012.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kpd guru-guru yang turut hadir memeriahkan majlis yang julung kali diadakan ditengah kesibukan bandaraya Langkawi.



























































