Satu perjumpaan bersama waris dari tahap 1 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 30 Jun 2019 di Kelas masing-masing mulai jam 10.00 pagi. Perjumpaan ini secara tidak langsung akan membawa kepada buah fikiran daripada pihak waris untuk meningkatkan lagi pencapaian anak-anak dari bidang akademik. Hari Interaksi ini bukanlah bertujuan untuk mencari salah sesiapa sebaliknya untuk mencari persetujuan antara kedua belah pihak iaitu waris dan sekolah demi kecemerlangan sekolah amnya dan murid-murid khasnya.
Sunday, 30 June 2019
Sunday, June 30, 2019
HARI INTERAKSI WARIS TAHAP 1
Monday, 24 June 2019
Monday, June 24, 2019
Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2019
Pada hari Isnin , 24 Jun 2019 - Semua warga SK Penghulu Ahmad telah mengadakan Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Penghulu Ahmad, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
Majlis ini bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Penghulu Ahmad .Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
Semua warga SK Penghulu Ahmad kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :
Thursday, 23 May 2019
Thursday, May 23, 2019
Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran
Demi sama-sama merebut keberkatan bulan Ramadhan, Panitia Agama Islam telah menganjurkan sambutan Ihya Ramadhan. Sepanjang sambutan ini pelbagai aktiviti telah berjalan seperti perkongsian ilmu, tadarus dan lain-lain lagi.
Pada 23 Mei 2019, Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran telah berlangsung. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazri. Kemudian, Ustaza Majdi dan Ustaz Latif menjadi khalifah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Khatam Al-Quran.
Selain itu, turut diadakan majlis sumbangan beras dan barang keperluan harian untuk 34 orang waris yang terpilih. Ia telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Pn. Rohaida bt. Kasa. Semoga kita semua beroleh redha Allah dalam setiap amal yang kita lakukan.
Pada 23 Mei 2019, Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran telah berlangsung. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazri. Kemudian, Ustaza Majdi dan Ustaz Latif menjadi khalifah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Khatam Al-Quran.
Selain itu, turut diadakan majlis sumbangan beras dan barang keperluan harian untuk 34 orang waris yang terpilih. Ia telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Pn. Rohaida bt. Kasa. Semoga kita semua beroleh redha Allah dalam setiap amal yang kita lakukan.
Thursday, May 23, 2019
Program Agihan Bubur Lambuk 2019
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekolah dengan kerjasama PIBG dan Belia Kg Sg Itau menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk untuk murid-murid, waris dan orang ramai.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi di mana para guru, staf dan waris bergotong-royong menyediakan bubur lambuk. Kerjasama antara sekolah dan waris memudahkan urusan penyediaan juadah.
Pada sebelah petang pula, jam 5.00 petang, bubur lambuk mula diagihkan kepada orang ramai. Alhamdulillah, semoga dengan rezeki yang dapat dikongsi ini kita semua beroleh keberkatan sempena Ramadhan yang mulia ini.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi di mana para guru, staf dan waris bergotong-royong menyediakan bubur lambuk. Kerjasama antara sekolah dan waris memudahkan urusan penyediaan juadah.
Pada sebelah petang pula, jam 5.00 petang, bubur lambuk mula diagihkan kepada orang ramai. Alhamdulillah, semoga dengan rezeki yang dapat dikongsi ini kita semua beroleh keberkatan sempena Ramadhan yang mulia ini.
Tuesday, 23 April 2019
Tuesday, April 23, 2019
Karnival Bahasa Melayu Daerah Langkawi 2019
Karnival Bahasa Melayu Daerah Langkawi telah berlangsung di Panorama Langkawi pada 22 April 2019. Sekolah telah menghantar wakil dalam beberapa pertandngan. Adik Syaza telah menjadi Johan dalam pertandingan bercerita tahap 2 dan adik ___ telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sajak. Tahniah diucapkan.
Sunday, 14 April 2019
Sunday, April 14, 2019
Pelancaran Bulan Program Pendidikan Pencegahan Dadah 2019
Pelancaran Bulan Program Pendidikan Pencegahan Dadah 2019 telah berlangsung pada 14 April 2019. Ia telah disempurnakan oleh SM Saberi bin Khamis, Ketua Balai Polis Ayer Hangat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari PPD dan YDP PIBG. Sepanjang majlis tersebut, beberapa aktiviti berjalan secara serentak. Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster, pameran oleh PDRM, ceramah anti Dadah oleh PDRM, bimbingan kelompok untuk murid berisiko dan kuiz. Pada majlis yang sama, sudut PPDa juga dirasmikan.
Sunday, April 14, 2019
Kem Sahsiah dan Kecemerlangan UPSR 2019
Pada 12 hingga 13 April 2019, bertempat di Mes Pegawai Polis Ayer Hangat, telah berlangsung Kem Sahsiah dan Kecemerlangan UPSR 2019. Sepanjang dua hari satu malam, murid-murid telah diberi pengisian dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah teknik menjawab UPSR, perkongsian motivasi oleh PDRM dan PIBG, aktiviti dalam kumpulan dan juga permainan dalaman.
Friday, 22 March 2019
Friday, March 22, 2019
Pelancaran Program NILAM 2019
Pada 21 Mac 2019 yang lalu, telah berlangsung majlis pelancaran Program Nilam 2019. Ia telah disepurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Masripah bt Mailan. Terdapat pelagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari seperti penyampaian hadiah tokoh NILAM, kuiz, pertandingan mewarna, pertandingan silang kata dan pameran buku. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran maskot Panda.
Wednesday, 13 March 2019
Wednesday, March 13, 2019
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45
Sunday, 24 February 2019
Sunday, February 24, 2019
Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2019
Pada 23 Februari 2019, Kejohanan Olahraga MSSD Langkawi 2019 membuka tirai. SKPA tidak ketinggalan untuk menghantar peserta pada kejohanan yang berprestij ini. Hari pertama kejohanan memberi sinar buat pasukan SKPA apabila berjaya merangkul beberapa kejayaan. Susulan daripada itu, kejayaan demi kejyaan terus dikecapi apabila atlet sekolah berjaya menamatkan kemarau SKPA pada kejohanan berprestij ini.


Perbarisan: Tempat Ke-5
100m 12L: Emas
4X100m 12P: Emas
200m 12P: Emas, Perak
100m 12P: Perak
4X100m 12 L: Perak
100m 10P: Gangsa
Lompat Tinggi 10L: Gangsa
Lontar Peluru 12P: Gangsa
Tahniah diucapkan kepada semua perserta dan jurulatih. Semoga lebih banyak kejayaan akan ditempa.
Monday, 7 January 2019
Monday, January 07, 2019
Majlis Tautan Kasih | Setulus Kasih, Seikhlas Budi |
Majlis persaraan dua orang guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad telah disambut meriah baru-baru ini. Salah seorang guru yang diraikan, Cikgu Hashim, 55 telah berkhidmat selama 32 tahun sebagai guru. Manakala Cikgu Sabturiah, juga seorang guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat selama 25 tahun merupakan seorang lagi guru yang turut diraikan pada hari yang sama.












































