Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pengunjung web ini.Semoga hari-hari yang bakal kita lalui, menjadikan kita manusia yang lebih mensyukuri nikmat.Tempuhi dengan sabar kerana kehidupan dunia ini adalah ujian buat kita.Semoga kita lebih bersemangat, diluaskan rezeki, diberi keselamatan dan sentiasa diberkati dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan!
Bagi memudahkan para guru, murid dan waris untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015, dilampirkan Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 bagi semua murid dari tahun 1 - Tahun 6. Sama-samalah kita berdoa supaya semua anak anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sekian, terima kasih.
:: Semoga Beroleh Kejayaan di Dunia & Akhirat ::
Sila Klik Pada Imej jadual di bawah untuk imej yang lebih jelas
❀ Huraian Tema Hari Guru 2015 ❀
"Guru : Membina Ilmu Menyempurna Akhlak"
❦| 1. DEFINISI |❦
1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
1.2 MEMBINA ILMU:
Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN:
Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK:
Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.
❦| 2. HURAIAN |❦
2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
Dilampirkan Jadual Waktu persekolahan Sesi persekolahan 2015 Pindaan Kali ke-4. Tarikh berkuatkuasa jadual waktu terbaru ini adalah pada 10 Mei 2015. Selain itu, tuan/puan para ibu bapa, guru dan murid boleh menyemak jadual waktu sepanjang tahun ini dengan klik pada pautan berikut:
Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum murid-murid. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan waris termasuk guru - guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 yang telah diadakan pada 7 Mac 2014. Kehadiran dan koitmen yang ditunjukkan oleh anda sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program khusus demi kelangsungan akademik dan kokurikulum murid.
Tanggal 11 Januari 2015 merupakan saat & ketika yang sangat bertuah dan bermakna apabila warga SK Penghulu Ahmad menerima kunjungan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datin Azuyah bt Hassan sempena lawatan kerja Pemantauan Khas Task Force Buka Sekolah 2015.
Sesungguhnya walaupun ianya merupakan kunjungan singkat Puan Pengarah ke teratak SK Penghulu Ahmad namun ianya sarat dengan pengalaman yang sangat bermakna kepada seluruh warga SK Penghulu Ahmad. Ianya memberi satu suntikan semangatbuat seluruh warga SKPA dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan negara seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Serangkap pantun lipatan kasih buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.....
Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Kunjungan puan jadi kenangan
Sekalung Budi Buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah iaitu Datin Azuyah bt HassanSDK., AMK.
Seperti mana sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan khas persekolahan kepada semua murid di Malaysia yang berstatus Warganegara Malaysia. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) sebanyak RM100.00 seorang murid untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 6, tuan puan boleh membuat tuntutan pada waktu dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 15 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 12.45 hingga 1.15 Tengah hari
Tempat : Kelas Anak masing-masing
Nota: Sila bawa salinan (fotostat) kad pengenalan ibu bapa/penjaga. Semua ibu bapa penjaga diminta hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
Alhamdulillah, Pada 3 Januari 2015 yang lalu Hari Orientasi Murid Tahun 1 2015 dapat berjalan dengan baik dan teratur. Pada Jam 7.30 pagi, kelihatan ibu bapa memimpin anak-anak masuk ke kawasan sekolah untuk pendaftaran. Berpakaian baru, kemas, bersemangat dan gembira.Itulah yang dapat dilihat pada wajah anak-anak ini. Kehadiran sangat memuaskan.Pada tahun ini, SK Penghulu Ahmad menerima murid tahun 1 seramai 124 orang. Kesemua murid akan ditempatkan di dalam 4 kelas yang ada setelah menjalani program transisi selama 2 Minggu.
7.30 pagi - 9.00 pagi : Ibu bapa datang dan melihat senarai nama untuk tujuan pendaftaran. Selepas ke meja pendaftaran, mereka duduk di dewan mengisi dokumen-dokumen berkaitan sambil menunggu sesi taklimat.
9.00 pagi-11.00 pagi : Sesi taklimat untuk ibu bapa murid tahun 1 bermula .Manakala anak-anak dibawa oleh guru ke kelas-kelas untuk ujian saringan.
11.00 pagi : Ibu bapa pergi ke kelas anak-anak untuk menerima buku teks dan membayar keperluan berkaitan persekolahan.
Sama-sama kita doakan agar anak-anak ini menjadi manusia hebat yang mampu memimpin agama, bangsa dan negara pada masa depan, InsyaAllah.Kami kongsikan beberapa keping gambar kelak.
Sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 11 Januari 2015. Sehubungan itu, di paparkan jadual waktu kelas bagi sesi persekolahan 2015. Jadual ini berkuatkuasa pada 11/01/2015.
Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2017 Pihak sekolah yakin para guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2017 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2017, Pihak sekolah cadangkan untuk membawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna
Berikut disertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2017
Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam & di luar sekolah demi kecemerlangan masa depan anak-anak & negara yang tercinta: MALAYSIA
2. Objektif Program Sarana Ibu Bapa
Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.
3. Contoh Program Sarana Ibu Bapa
1. Hari Pendaftaran (Tahun 1)
2. Hari Penetapan Target UPSR
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Hari Pelaporan
5. Hari Sukan Tahunan
6. Hari Anugerah Cemerlang
7. Mesyuarat Permuafakatan.
4. Program Sarana Ibu Bapa di SKPA 2015
1. Taklimat Ibu Bapa Murid tahun 1
2. Program Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Sambutan Hari Guru
5. Karnival Amal SKPA
6. Sambutan Jamuan Hari Raya
7. Sambutan Hari Kanak-kanak
8. Klinik UPSR
9. Hari Kualiti
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Di bawah projek ini, 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah persekitaran pembelajaran maya iaitu Frog Virtual Learning Environment untuk pengajaran dan pembelajaran.
Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses platform VLE Frog.
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran maya atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah melalui VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan Internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat,
Amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat,
hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak di dengar (makbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Seperti mana yang sedia maklum, sesi persekolahan bagi tahun 2014 telah bermula pada 1 Januari 2014 yang lepas, ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru dan selamat datang kepada murid-murid baru Tahun Satu.
Adalah diharapkan, 2014 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di kepada seluruh warga SKPA. Seperti kata pepatah "Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang."
Diharap anak - anak didik SKPA sudah mulai menyediakan diri secara fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi cabaran hidup sebagai seorang murid.
Bagi murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2014 pada 9-11 September 2014... mulakan langkah anda sekalian ke sekolah dengan 'langkah kanan' agar momentum dan iltizam anda akan konsisten sepanjang tahun.
Tanamkan tekad dan iltizam untuk berjaya dalam akademik dan semua bidang yang diceburi. Semoga Allah memberikan ilmu yang bermanfaat buat kalian pewaris negara dan penentu peradaban.
Ayuh! Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2014 dengan penuh keazaman untuk menuntut ilmu bagi kecemerlangan dunia dan akhirat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad (SKPA),
Setelah lama bercuti, kini masanya tiba kembali. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 1 Januari 2014. Pihak sekolah mengucapkan selamat melangkah ke alam persekolahan yang penuh warna warni.
Oleh itu, hargailah setiap detik dan ketika yang ada. Binalah kejayaan daripada segenap ruang dan peluang kerana masa tidak akan menunggu kita.
Berterima kasihlah kepada guru yang memberi ilmu dan hargailah pengorbanan ibu bapa yang telah berbelanja besar untuk melihat anak-anak anggun dan megah melangkah dengan kelengkapan serba baharu.
Tanpa kita sedari begitu cepat sekali waktu berputar dan kita sudah melangkah ke tahun baru 2014. Sepanjang tahun sebelumnya, banyak pengalaman dan kenangan suka duka yang telah berjaya ataupun gagal untuk ditempuhi
Koleksi Ucapan SMS Selamat Tahun Baru 2014
Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda Harap anda dan keluarga anda selamat dan bahagia Selamat Tahun Baru 2014
Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin. Selamat Tahun Baru 2014 semua!
Ucapkan selamat tinggal pada 2013 dan selamat datang 2014 Semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu dan harapan bahwa kita selalu menjadi teman yang baik Selamat Tahun Baru 2014
Detik,demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru telah menyambut kita,tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan Selamat tahun baru 2014
Tiada kata yang seindah lantunan syair Tiada mutiara yang secantik bidadari Tapi hari ini lebih dari hari sebelumnya, kerana tak lama lagi kita akan melewati detik pergantian yang banyak di tunggu jutaan manusia di dunia Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata Selamat tahun baru 2014
Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi akan menjelang. Selamat datang tahun baru 2014, harapan baru dan perubahan
Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2014. Semoga selalu berjaya dan sejahtera
Hari berganti bulan berganti tahun pun berganti tahun baru harapan baru tetap semangat masa lalu adalah kenangan hari ini adalah goresan hari esok adalah harapan selamat tahun baru 2014 selamat tinggal kenangan selamat datang harapan
let sun bring you hope let stars bring you rightness let love bring you happiness let my message bring you the dream come true happy new year 2014 wish you all the best
buka hati dapat cinta buka tangan dapat persahabatan buka mata dapat pemandangan buka handphone dapat pesanan buka pesanan dapat ucapan SELAMAT TAHUB BARU 2014!!!
Cinta di bulan Febuari Kedamaian di bulan MaC Ketenangan di bulan April Kesenangan di bulan Mei Kegembiraan di bulan Jun hingga November Dan keuntungan di bulan Disember Semoga TAHUN BARU 2014 INI Tuhan memberimu… 12 bulan kebahagian 52 minggu kegembiraan 365 hari kejayaan 8760 jam kesihatan 52600 mInit keuntungan 3153600 detik keceriaan
Yesterday is memory. Today is a gift. Tommorow is a Hope. Let’s begin New Year 2014 with faith, love, peace and new hope.
No regret about the past… No fear about the future… New hopes & dreams in 2014… Thankful to God for His blessings in 2014… Happy New Year !!
Only open HEARTS receive LOVE only open MINDS receive WISDOM only open HANDS receive GIFTS and.. only SPECIAL FRIENDS receive my Happy New Year greeting . HAPPY NEW YEAR 2014 !!!
JIWA akan sepi tanpa TEMAN HATI akan mati tanpa IMAN HARI ini adalah KENYATAAN SEMALAM adalah KENANGAN ESOK adalah IMPIAN Sucikan HATI Jernihkan PIKIRAN Sambutlah Tahun Baru
buka hati dapat cinta buka tangan dapat persahabatan buka mata dapat pemandangan buka handphone dapat pesan buka pesan dapat ucapan selamat tahun baru
Aku senantiasa berdoa agar kamu mengalami minggu yang manis Isnin yang bahagia Selasa yang menyenangkan Rabu yang penuh kejayaan Khamis yang berkesan Jumaat yang menakjubkan Sabtu yang penuh cinta akhir kata,tahun baru yang ceria penuh dengan senyum harapan Selamat tahun baru
biarlah bunga jatuh dari tangkainya biarlah malam berganti pagi dan biarlah tahun telah berganti.. tapi rasa sayangku padamu takkan sesekali berganti menjadi benci Selamat menyambut tahun baru
Pujukkan hatimu saat malam menghampir Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan Semoga Tahun Baru lebih bermakna untukmu
Esok adalah bagaikan misteri Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum Selamat Tahun Baru
Sebentar lagi kita akan mendapat sebuah dairi yang masih kosong Bermulalah coretan kita diatasnya Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul Selamat Tahun Baru Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah ditahun lama ini mari kita perbaiki di tahun yang baru ini Selamat Tahun baru 2014!
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui Coretan demi coretan telah memenuhi kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru. Semoga lebih berjaya
Matahari menyelinap dibalik bukit sembunyikan kenangan hidup menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda sebentar lagi ‘kan menjelang Selamat datang sms tahun baru 2014 harapan baru dan perubahan
Minum kopi di cangkir Cangkirnya berwarna putih HAPPY New YEaR 2014