Thursday, 17 May 2012

:: Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 ::

Musim peperiksaan datang kembali. Tentunya semua murid SK Penghulu Ahmad sedang sibuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan mereka mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Bagi memudahkan para murid, guru dan ibu bapa untuk membuat persiapan peperiksaan, berikut pihak sekolah lampirkan jadual peperiksaan pertengahan tahun 2012. (Klik Pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)



 TAHUN 1 & 2

TAHUN 3
TAHUN 4,5 & 6
Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua murid SK Penghulu Ahmad. Semoga kejayaan menjadi milik anda.

Tuesday, 15 May 2012

:: Selamat Hari Guru 2012 ::


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. 


Jasa dan keringat seorang guru tidak mungkin dapat kita balas kerana besarnya pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang guru. Pada 16 Mei setiap tahun, institusi pendidikan di Malaysia akan menyambut Hari Guru. Sambutan Hari Guru bergantung kepada perancangan aktiviti organisasi masing-masing. Namun semuanya akan berteraskan tema hari guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. .Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK Khususnya kepada warga pendidik Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad dan seluruh warga pendidik di Malaysia. 




Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan
Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Monday, 14 May 2012

:: Program Turun Padang Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah dalam Program Sekolah Penyayang ::




Sekarang ini semua sekolah di Negeri Kedah Darul Aman sedang sibuk memperkatakan tentang Sekolah Penyayang yaang diumumkan kepada seluruh Pengetua dan Guru Besar. Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad rasa bertuah dengan kehadiran Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah, Tuan Haji Roslee Ismail pada 14 Mei 2012 jam 7.00 Pagi dalam program turun padang bagi meninjau perlaksanaan Amalan Guru Penyayang. Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Halim Bin Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi dan disertai oleh Encik Ahmad Solan Bin Mat Shah, Guru Besar SK Penghulu Ahmad, serta guru-guru yang lain.

Program Sekolah Penyayang merupakan program mega JPN Kedah yang perlu dijalankan di sekolah-sekolah. Secara ringkasnya Pelaksanaan Sekolah Penyayang peringkat negeri Kedah yang dimulakan mestilah berteraskan kepada 9P dan 5K sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaaran Malaysia.


















Apakah yang dimaksudkaan 9P dan 5K itu?

9P merujuk kepada:
a. Penyayang
b. Penerimaan
c. Penghormatan
d. Prihatin
e. Pemaufakatan
f. Perpaduan
g. Persaudaraan
h. Pengiktirafaan
i. Persefahaman

Manakala 5K merujuk kepada :

1. Kesepunyaan
2. Kemesraan
3. Kepuasan
4. Keseronokan
5. Kesabaran

Bagi mencapaai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak sekolah boleh menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid" dan "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan"
tetapi mestilahlah tidak boleh lari daripada teras atau dasar yang telah ditetapkan.

Para guru harus sedar sehingga ke peringkat akar umbi bahawa murid adalah klien yang sentiasa perlu diberi keutamaan. Pihak sekolah diharap mampu melahirkan murid yang sentiasa akan "berlari ke sekolah, dan hanya berjalan apabila pulang!" Ini kerana tanpa murid mana mungkin akan ada seorang guru!!

Wednesday, 9 May 2012

:: Porgram Motivasi Keibubapaan 2012 ::

Pada 6 Mei 2012, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Nurani SK Penghulu Ahmad, satu majlis motivasi keibubapaaan untuk ibu bapa murid tahun 4 hingga 6 telah diadakan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Mohd Arif B Hj Mat Noor. Majlis ini ditaja ole DR. Rozmey Group.
 










Dr Mohd Arif B Hj Mat Noor berkata dalam ceramah motivasi waris SKPA tempoh hari,  jika mahu berjaya perlulah buat sedikit pelaburan kerana ilmu diperoleh itu akan memberikan keuntungan sampai bila-bila.
Misalnya jika motivasi berkaitan tip menjawab soalan matematik, maka motivasi selalunya berlangsung selama sehari atau dua hari sahaja. Tetapi jika motivasi untuk belajar al-Quran ia akan memakan masa panjang sehingga berbulan kerana al-Quran itu luas ilmunya

Wednesday, 29 February 2012

Jadual Ujian Bulan Mac 2012

Bagi memudahkan para guru, murid dan waris untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual waktu Ujian Bulan Mac 2012, pihak sekolah dengan ini melampirkan Jadual Waktu Ujian Bulan Mac 2012 bagi semua murid tahun 3 - Tahun 6. Sekian, terima kasih

Sila Klik Pada Imej jadual di bawah untuk imej yang lebih jelas
:: Semoga Beroleh Kejayaan ::

Monday, 27 February 2012

Sekolah Ganti 3 Mac 2012

Pihak sekolah dengan ini memaklumkan kepada semua murid, guru dan para waris yang dihormati bahawa pada hari sabtu, 3 Mac 2012 ini merupakan hari persekolahan ganti (Tahun Baru Cina) bagi melengkapkan jumlah hari persekolahan. Jadual persekolahan pada hari sabtu 3 Mac 2012 adalah mengikut jadual persekolahan pada hari Khamis. Sekian, terima kasih

: Bersama Menjayakan Ponteng Sifar :



Friday, 24 February 2012

Perubahan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum

Unit Kokurikulum SK Penghulu Ahmad telah memutuskan untuk meminda hari dan masa perjumpaan bagi aktiviti kelab & persatuan serta Unit Berunifom. Berikut adalah jadual masa interaksi baru bagi aktiviti Kokurikulum 2012 berkuatkuasa pada 1 Mac 2012

Aktiviti Unit Beruniform  - Diadakan pada setiap hari Rabu Pertama & Ketiga ( 1.15 - 2.15 Petang)
Aktiviti Kelab & Persatuan - Diadakan pada setiap hari rabu Minggu Kedua & Keempat (1.15 - 2.15 Petang)

Sebarang perubahan masa dan aktiviti adalah tertakluk kepada keadaaan semasa. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 1 February 2012

Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Kedah 2011




PUSAT SUMBER lazimnya digambarkan sebagai sebuah bilik perpustakaan yang turut dilengkapi alatan audio dan video.
   Di dalam pusat sumber, murid menghadap buku atau bahan audio video untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
   Bagaimanapun, idea lazim itu bukanlah konsep pusat sumber yang difikirkan oleh Guru Besar SKPA, Cikgu Aishah Arifin sebaik beliau bertugas di sekolah ini.
   Bagi beliau, pusat sumber bukanlah bertempat di satu bilik perpustakaan semata-mata sebaliknya seluruh kawasan sekolah adalah pusat sumber. Di setiap sudut di dalam kawasan sekolah seharusnya memiliki sumber ilmu buat murid.
   Lalu bertitik tolak daripada idea inovasi itu, maka beliau dengan kerjasama guru-guru SKPA berusaha merealisasikan hasrat murni berkenaan.
   Impian idea ini adalah di mana-mana sahaja murid berada ketika di dalam kawasan sekolah, mereka akan memperoleh ilmu pengetahuan.
   Dan selepas berbulan merancang dan menjayakan impian ini, maka warga SKPA boleh berbangga apabila seluruh kawasan sekolah kini dipenuhi dengan pelbagai catatan maklumat dan pengetahuan merangkumi pelbagai disiplin ilmu.
   Di tangga, dinding sekolah mahupun pintu tandas, semuanya dimanfaatkan dengan pelbagai fakta, maklumat, pengetahuan termasuklah nasihat dan motivasi.
   Pelbagai ilmu daripada Pendidikan  Islam, Bahasa Arab, Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup selain panduan hidup kini tidak lagi berada dalam bilik darjah tetapi berselerakan di seluruh kawasan sekolah.
   Kini, konsep seluruh kawasan sekolah adalah pusat sumber bukan lagi impian sebaliknya ia menjadi satu kenyataan dan SKPA adalah antara perintis konsep baru ini. Diharapkan SKPA akan menjadi johan pertandigan PSS Cemerlang Peringkat negeri Kedah bagi tahun 2011 yang akan di hakimi pada 16 Februari 2012. 

Sunday, 1 January 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah :



Penggal Persekolahan 2012 akan membuka tirainya bermula 3 Januari 2012. Pihak Sekolah ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga dengan kedatangan tahun baru  2012 akan memberi kita azam dan semangat ke arah kegemilangan dan kejayaan. Bersamalah kita menjayakan ponteng sifar bagi tahun 2012





Thursday, 18 August 2011

Wednesday, 27 July 2011

Makluman Tentang Cuti

Untuk Makluman Semua Waris, SK Penghulu Ahmad akan bercuti bermula dari 29 Julai (Jumaat) - 1 Ogos (Isnin) 2011.

31 Julai 2011 - Cuti Ganti Khas Larian 1 Malaysia
1 Ogos 2011 - Cuti Hari Kelepasan Am Menyambut Ramadhan 1432H

Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa, 2 Ogos 2011. Kami warga SK Penghulu Ahmad mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tuesday, 26 July 2011

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat Murid Tahun 6

Pihak Sekolah akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011. Pihak sekolah menjemput semua waris murid Tahun 6 untuk bersama-sama di dalam majlis ini.
Majlis akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 28 Julai 2011
Hari : Khamis
Masa : 7.30 - 9.15 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Penghulu Ahmad

Diharapkan para waris / penjaga dapat membawa bersama sejadah / telekung untuk solat hajat.




Monday, 25 July 2011

SK Penghulu Ahmad Juara Bola Sepak Bawah 10 Tahun Daerah Langkawi 2011

Penantian untuk meraih gelaran juara selama 12 tahun akhirnya berakhir semalam. Bertempat di Stadium Kompleks Sukan LADA menjadi saksi pasukan bola sepak bawah 10 tahun SK Penghulu Ahmad telah merangkul Juara Liga Bola Sepak Peringkat Daerah Langkawi. Dalam pertemuan sengit itu, SK Penghulu Ahmad telah menewaskan SK Seri Lagenda dengan jaringan 2 gol berbalas 0. Gol-gol kemenangan telah dijaringkan oleh pemain  Mohd Syafiq bin Che Haron dan Mohd Alif Najmi. 




Dianggarkan seramai 500 orang penyokong pasukan bola sepak SK Penghulu Ahmad hadir memberikan sokongan.  Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Penghulu Ahmad telah menyewa khas 4 buah bas untuk membawa pasukan kompang dan penyokong ke stadium bagi memberikan semangat kepada para pemain.  Turut hadir menyaksikan perlawanan semalam ialah YB Tuan Haji Mohd Rawi Abdul Hamid, ADUN Ayer Hangat dan Puan Aishah Binti Arifin, Guru Besar SK Penghulu Ahmad dan Encik Zulkornain, YDP PIBG SK Penghulu Ahmad.

Sementara itu, YB Tuan Haji Mohd Rawi bin Abdul Hamid dalam satu SMSnya kepada warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga SK Penghulu Ahmad terutamanya barisan pemain dan jurulatih yang berusungguh-sungguh dalam memastikan kemenangan ini.  Ini menunjukkan SK Penghulu Ahmad bukan sahaja berjaya dalam bidang pelajaran tetapi juga dalam bidang sukan. Semoga SK Penghulu Ahmad  terus unggul pada masa akan datang.

Sunday, 24 July 2011

SKPA Unggul dalam Liga Bola Sepak bawah 10 Tahun


 Pasukan bola sepak bawah 10 tahun SK penghulu Ahmad telah layak ke Peringkat Akhir setelah menewaskan musuh tradisi dari SK Seri Negeri dengan jaringan gol 1-0. Gol SK Penghulu telah dijaringkan oleh Mohd Syafiq Bin Che Haron.  Pasukan bawah 10 tahun ini telah dibimbing oleh Cikgu Noor Azman Long, Cikgu Mohd Arrazi, Cikgu Wan Rozimi, Cikgu Ishak dan Cikgu Shahrul Nizam. Perlawanan akhir akan diadakan pada 24 Julai 2011, hari Ahad di Stadium Kompleks Sukan LADA pada jam 8 Malam.  SK Penghulu Ahmad akan bertemu dengan SK Seri Lagenda pada perlawanan akhir. Jom beramai-beramai menyaksikan perlawanan akhir ini. Semoga SK Penghulu Ahmad akan menjuarai perlawanan ini.


Thursday, 21 July 2011

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR & Ujian Bulan Julai 2011

Untuk Makluman Ujian Percubaan UPSR bagi murid tahun 6 akan berlangsung pada 25 - 27 Julai 2011. Manakala Ujian Bulan Julai bagi murid Tahun 2 hingga 5 akan bermula pada 25-26 Julai 2011. Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Murid-Murid SK Penghulu Ahmad.

Monday, 18 July 2011

SKPA Unggul Dalam Pertandingan Action Song

KAMI MENANG… kumpulan Action Song SKPA bergambar ceria bersama guru selepas memenangi tempat kedua  dalam Pertandingan Action Song sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Daerah Langkawi yang diadakan di SMK Kedawang..
   Selain action song, peserta SKPA turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Spelling. SKPA menghantar wakil untuk mengambil bahagian dalam semua pertandingan sempena karnival tersebut iaitu Action Song, Spelling, Coral Speaking dan Story Telling.

Pelatih Taekwondo SKPA ‘Mengganas’

LEGA… pelatih bergambar bersama Guru Besar 
sebaik tamat ujian


JANGAN RAPAT… pertarungan sengit

 SELEPAS kira-kira enam bulan berlatih, 14 ahli taekwondo SKPA akhirnya lulus cemerlang Ujian Kenaikkan Tali Pinggang Taekwondo yang diadakan di dewan SKPA pada 20 Jun lalu.
   Lebih membanggakan, semua pelatih terbabit lulus cemerlang sehingga mampu ‘melompat’ satu tahap iaitu dari tahap satu terus ke tahap tiga taekwondo sekali gus membolehkan mereka memperoleh tali pinggang kuning.
   Jurulatih Taekwondo SKPA yang juga Pengerusi Persatuan Taekwondo ITF Langkawi, Kapten (B) Rosly Ahmad, berkata semua pelatih menunjukkan kemampuan terbaik dalam ujian menyebabkan mereka layak menerima tali pinggang kuning.
 WACHA...Nabil cuba meletakkan tapak kakinya di muka Adam

   Dalam ujian sekitar jam 4 petang itu, semua pelatih diuji dalam tiga lapangan iaitu tumbukan dan tendangan asas, ujian pattern atau pergerakan asas dan ujian berlawan. Nur Syahadah Syafa’ah Saadan dari kelas 5 Bijak dipilih sebagai pelatih terbaik dalam ujian tersebut.
    Terdapat 10 tahap tali pinggang warna taekwondo yang perlu dikuasai pelatih sebelum mampu memperoleh tali pinggang hitam iaitu putih, putih-kuning, kuning, kuning-hijau, hijau, hijau-biru, biru, biru-merah, merah, merah-hitam dan akhirnya hitam.
GANAS… Zakwan melakukan teknik tumbukan padu 
yang mampu meruntuhkan dinding sekolah

PERLAWANAN ANTARA ADIK DENGAN ABANG… 
Haziq cuba menendang abangnya Hirzi dalam ujian berlawan

   Taekwondo adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Korea tetapi kini dilatih di seluruh dunia termasuk Malaysia selain dipertandingkan sehingga ke peringkat Sukan Olimpik.
  Taekwondo lebih menumpukan kepada corak serangan yang berasaskan kepada tendangan dan terdapat pelbagai jenis tendangan ke merata arah dalam seni beladiri berkenaan.

FB Sekolah

Detik UPSR 2018

Tinggalkan Mesej Anda

Latar belakang pengunjung blog ini. Anda ialah...

Artikel Terkini